tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label nurul yui 2015. Show all posts
Showing posts with label nurul yui 2015. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Nivea whitening happy shave

Ada orang selesa pakai "ubat ketiak" jenis cecair, stick & ada juga jenis spray. Dulu aku pakai dove. Lepas itu bertukar pada nivea jenis roll.


Kadang aku selesa tak guna apa-apa. Bukan wajibkan? Haaaaa. Yang penting tak berbau cukuplah. Hahahah.




Jalan-jalan Guardian tengok harga. Bandingkan dengan kedai sebelah, Watson. Harga beza sen-sen. Memandangkan aku pemegang kad Watson, manfaatkan point yang ada, setelah ditolak, aku kena tambah dalam RM 5 sahaja.


Harga asal lebih kurang RM 12.


Best juga guna jenis ini. Tapi kadang time nak spray, tak keluar apa. Keluar angin jee. Sampai rasa nak naik angin jugala. Wakakakaka!


Apa pun, aku suka produk Nivea. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 11, 2015

Pecah rekod tidur sejam sahaja!

Aku tak tahu apa masalah aku semalam. Bila pejam mata, tak boleh lena. Macam ada sesuatu yang halang mata aku ni terpejam.


Al-kisah sebelumnya,
Semalam aku pening kepala. Jadi balik kerja aku ambil keputusan beli air Tiramisu RM 5 ( cawan besar banyak ais tu ). Nasib baik sedap!


Lepas makan malam, makan sayur,
Aku minum 1 tin kopi. Sejarah aku selama ini, walau aku minum apa kopi pun sebelum tidur, takde yang dapat halang aku nak lelap!


Nak dijadikan cerita lagi,
Badan aku macam tak selesa. Rasa miang. Terus aku mandi malam walaupun sebelum magrib dah mandi ( sila jangan amalkan ) sebab aku nak tidur lebih lena.


Hakikat,
Aku tak boleh lena. Sehingga 5.30 pagi, baru dapat lelapkan mata. 6.30 pagi bangun semula. Hmmm, pelik sungguh. Memang pecah rekod tidur sejam ja ni!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 08, 2015

Lipstick Sophie Paris : Paparazi Pink

Ada peminat barang Sophie Paris? Ala-ala macam Avon tuu. Aku bukan ahli jauh sekali peminat tegar. Tapi kakak rumah aku memang aktif dengan Sophie Paris.


Tiap bulan mesti dia bagi tengok majalah yang ada pelbagai jenis sale.
Jenis aku, aku pilih mana aku nak guna ( walau kadang beli tapi tak guna, bazir! ). Tiba-tiba mata terkenan pada lipstik. Lagipun RM 5 ajee aku rasa memang cukup berbaloi!




Inilah saiz lipstik tersebut. Besar dan bukan saiz mini. 
Kira berbaloi benor RM 5 ajeee. 



Pilihan aku Paparazi Pink



Sebelum & selepas guna


Kata aku sebagai pengguna kali pertama :
- Lipstick tak mudah hilang
- Tahan lama
- Mudah dicuci
- Tidak melekit


Jujur aku suka lipstick ini! Sebab best, bulan ini aku repeat lagi order. Heeeeee.
Aku biasa pakai untuk pergi kerja atau kenduri sahaja. Setakat pasar malam atau dekat-dekat, tak payah!


Kalau ada yang berminat, kaborlah ea. Aku sampaikan pada kakak rumah aku tuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 02, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Kedua

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).



HARI KEDUA ( 1/12/2015 )
- Sarapan pagi salmon grill, 2 sosej ramly & 1 biji telur goreng ( cicah sos & mayonis )
- Tengahari makan 3 ketul ayam goreng kecil ( ayam goreng RM 1 )
- Malam makan 2 keping roti disapu inti kacang free sugar
- Pagi 30 minit sebelum sarapan, minum segelas air suam berserta 2 potongan kecil lemon
- Air teh hijau ( tanpa gula )
- Air masak secukupnya



Ingin che' tegaskan, sila baca nota-nota penting yang telah dibuat oleh para admin group sebelum anda nak cuba diet atkins atau melalui fasa-fasanya. Fahami terlebih dahulu untuk elakkan "kerugian waktu" jika salah cara.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).

Hingga hari kedua - Berat turun 1.5 kg
[ menu hari pertama ]



Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Entry akan penuh dengan diet diet & DIET!

Hahahaha, kemain ulang 3 kali. Semangat ok!


Oh ya, agak TEKAD la untuk berdiet. Bukan misi nak kurus tapi kurangkan inch ajeee. Sementara semangat berkobar-kobar, teruskan!


Jadi, jangan jemulah kalau blog aku dipenuhi entry-entry berkaitan diet. Tak kisahlah perihal makan minum atau senaman. Yang penting ada kaitan.


Dalam aku berdiet,
Aku tak lupa partime aku dengan CMD & usaha lebih untuk menjual bagi mendapatkan duit #danauntukmeow. InshaaALLAH, semoga dipermudahkan.


Semangat!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 24, 2015

Saya AL hari ini

Sukacita dimaklumkan cik empunya blog
ambil AL untuk hari ini sahaja
Selasa 24/11/2015


Segala urusan bw dan seangkatan
akan dilaksanakan bermula esok


Dengan rasmi
Baki AL yang ada hingga hujung tahun 2015
3 hari sahaja lagi!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 19, 2015

Tangan lebam teruk selepas derma darah

Haritu aku tak sihat, ada aku mention tangan aku lebam teruk. Ceritanya bermula macam ini.


Aku kalau follow abah nak derma darah, secara tak langsung aku juga akan derma darah. Setakat ini tak lebih 7 kali aku menderma.


Nak dijadikan cerita,
Sabtu lepas 14/11/2015 ada kempen derma darah di Jaya Jusco Kinta City, Ipoh. Aku pun isilah form & buat ujian seterusnya. Dah duduk baring di kerusi, nurse yang mai nak cucuk tu aku rasa ketuanya sebab pakai uniform biru ( yang lain pakai putih ).


Cucuk, tampal, gengam kayu apa semua. Awal-awal memang darah aku laju saja mengalir. Sebab pengalaman sebelum ini, biasanya tak lebih 10 minit aku akan selesai tapi tidak untuk kali ini!!!


Bila dia nampak darah aku mula perlahan, dia pegang tiub wayar. Ada juga dia usik jarum, Sampai satu tahap aku cakap sakit sebab usikan jarum tu. Ambil masa dekat 20 minit hanya untuk darah 300 ml.


Bila dia dah tampal plaster, aku nampak tangan aku bengkak sedikit. Kata nurse lain, takpe nanti balik tuam. Dah balik rumah, sekali aku buka plaster, nampak seperti darah beku. Lepas beberapa jam lagi merebak rupa darah beku tu!


Dan hingga sekarang, dah 5 hari, kesannya belum reda.
Kesan jarum pun masih nampak tau. Sebelum ini rileks hilang aja.
Masih lebam seperti gigit hantu! Huuuu, nasib kurang baik kot kali ini. Apa pun aku syukur sebab dapat menderma darah.


Tak boleh kalahkan abah aku sebab dia dah lebih 70 kali menderma darah!
Hebat dia. Nak juga jadi penderma tegar macam dia setiap 3 bulan sekali. Doakan ya.


Nak tengok gambarke?
Satg korang terkejut plak. Hahahaha.


Yang boleh menderma darah, buatlah. Sekurangnya kita dapat membantu orang ramai.


Aku darah jenis O.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 18, 2015

Penurunan berat badan vs ukur lilit

Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.


Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.


Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet, target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.


Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet, berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!


Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau inch lost berbanding kurang kg semata.


Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya. So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.


Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!


Kalau korang, korang pilih yang mana?


Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
[ entry ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 06, 2015

Hidup memerlukan pemikiran yang lebih positif

Positif!
Nak ungkap memang senang. Tapi nak praktikkan memerlukan keyakinan diri sendiri.
Sebab apa? Sebab itu adalah dari diri masing-masing.


Meneruskan kehidupan,
Sangat-sangat memerlukan aura yang positif. Pemikiran yang positif & automatik tindakan juga menjadi positif.


Bila bercerita perihal positif, tak bermakna negatif terus diabaikan.
Negatif itu juga perlu tapi kena berpada-pada. Dengan zaman sekarang yang semakin "menakutkan", sedikit sebanyak pemikiran negatif pada diri kita akan wujud.


Errrmm, apa aku melalut ni.
Tapi harap sampailah maksud aku. Huhuhuuu.


Sekarang aku cuba untuk menjadi POSITIF untuk SESETENGAH PERKARA!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 27, 2015

Pengganti duit simpanan hijau

Minggu lepas aku ada update tentang simpan duit hijau. Alhamdulillah menjadi juga walau bukan setiap hari aku buat. Di akhir entry tersebut ada aku nyatakan yang hasil simpanan duit hijau telah aku tukarkan kepada benda lain.


Taraaaa. Inilah dia pengganti duit hijau.





Setelah difikir semasak-masaknya, aku pilih untuk beli barang kemas sebagai menggantikan duit simpanan yang ada. Bukan apa, simpanan duit kertas takkan "beranak" tapi jika ada barang kemas, kalau emas naik, inshaaALLAH boleh jual ( biasanya takkan jual sebab sayang ).


Alhamdulilah.


Aku beli rantai kaki sebab inilah satu-satunya barang yang belum aku ada. Lengkap sudah barang kemas sendiri.


Emas yang ada, merupakan modal yang mudah dicairkan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 23, 2015

Amalan menyimpan/menabung duit hijau

Amalan menyimpan duit hijau ini aku baru mulakan awal tahun 2015. Bukan apa, salah satunya sebab pernah terbaca artikel di fb & blog. Terus menarik minat aku.


Sebelum ini rajin kumpul duit syiling aje.




Senangke nak simpan duit hijau ini?
Senang kalau anda ada KEINGINAN UNTUK MEMBUAT DEMIKIAN.


Cara mudah untuk elak guna/terguna?
Bila nampak je duit hijau dalam dompet, selitkan dulu tempat lain. Kalau cara aku, LIPAT SEBAGAI TANDA UNTUK SIMPANAN.


Tiap harike menyimpan?
Kalau tiap hari aku ternampak duit hijau, tiap harilah menyimpan. Kadang selang 2-3 hari juga. Ralat juga rasa sebab tak dapat menyimpan tiap hari.


Dah banyak?
Tak banyak tapi jadilah dari tak menyimpan langsungkan.


Sebenarnya baru-baru ini aku dah tukarkan duit hijau ini kepada benda lain. Bila fikir, apa guna ada duit/simpan semata. Jadi setelah meneliti, aku buat benda lain menggunakan duit simpanan ini.


Apa aku buat?
Nanti aku story lain ya.


Korang pun boleh amalkan. Kalau dapat simpan duit merah lagi syiok. Duit biru & ungu itu lagi bagussss!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 19, 2015

Genap 27 tahun

Alhamdulillah, Subuh 18/10/1988 lahir seorang puteri sulung yang sangat comel (mehmehmeh). Penantian raja & permaisuri. Kuikuikui.


Drama pulak kan?


Semalam genap usia aku 27 tahun. Tak malu nak cover usia sebab usia je meningkat tapi luaran masih muda. Hahahahah!


Terima kasih untuk semua ucapan yang diterima. Tak lupa juga doa-doa dari kalian. Rata-rata ucapan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dipercepatkan jodoh. InshaaALLAH, aamiin.


Terima kasih, syukran ala jazilan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 16, 2015

2 hari lagi bakal genap usiaku

Aku kalau bab angka, bab tarikh penting atau bermakna,
inshaaALLAH ingatan aku kuat
Plat kereta motor pun aku boleh hafal. Sebab itu aku suka matematik


Sebenarnya, Ahad ini genaplah usia aku menginjak ke 17 eh 27, hahahaha!
Tapi entah sempat merasa atau tidak tapi aku doakan yang baik-baik


Sentiasa aku sedar
Rumah kata pergi, kubur kata mari 
Kadang terasa terfikir, adakah cukup amal ibadah ku di dunia sana?
Ku cuba sedaya


Banyak sebenarnya pemikiran aku
Umur pun dah meningkat, banyak yang masih belum aku dapatkan
Jadi aku akan usaha sebaik mungkin


InshaaALLAH
3 orang wanita dalam keluarga aku sambut bulan yang sama, Oktober
Aku, adik & mak




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 15, 2015

Jubah dari kain pasang pelikat mangga

Selain jual barang, harus jugalah kita guna untuk diri sendiri.


Oh ya, aku ada jual kain pasang pelikat mangga ( 4m ). Sekarang nak jual harga modal saja sebab tinggal beberapa pasang. Orang putih kata clear stock!




Tempah jubah macam ini lebih kurang RM 50. Alhamdulillah sangat puas hati dengan jahitannya. Sebab kemas & selesa dipakai.


Nak tengok kain pasang pelikat mangga yang tinggal?
Harga modal je aku bagi untuk korang semua


Whatsapp 019-2331810







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 30, 2015

Blog & FB asyik update kisah CMD dan kucing

Entry berbaur "luahan" tak seberapa.


Sebenarnya sekarang memang tak dinafikan aku banyak update blog & FB pasal CMD & kucing. Entahlah, aku rasa mood aku lebih ke arah itu.


Nak cerita pasal hidup sendiri rasa macam takde benda nak cerita.
Biasa-biasa aje semua. Takde apa-apa perubahan besar atau benda nak dikongsikan.
Belum tiba masanya untuk berkongsi, biar menjadi rahsia hati.


Oklah berbalik kepada tajuk.
Aku bukan apa, ada sebabnya kenapa & mengapa aku macam ini.


Terasa juga bila ada yang pm bagitahu,
"asyik duk cerita pasal kucing je ea"


Taktaulah mungkin motif "bergurau" tapi kalau banyak kali sebut, aku tak rasa itu gurau. Itu lebih kepada memberitahu.


So jalan senang, kalau ada tak senang dengan apa aku buat, just abaikan.
Scroll laju-laju atau cari "X"
Mudah untuk kedua belah pihak.


Aku update pasal kucing sebab aku terlalu sayangkan binatang kesayangan Rasulullah SAW
Aku update pasal CMD sebab aku nak cari income sampingan, nak tampung kos anak-anak bulus yang semakin hari semakin besar nilainya.


Apa yang aku buat BERSEBAB.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 18, 2015

Cincin idaman hati 2015

Ini sebenarnya cincin customer
Aku ambil gambar sebab sekarang aku berkenan pattern macam ini




Gigih aku punya target untuk tahun 2015
Cincin silang
Anggaran berat 3-4 gram



Tahun sebelum ini dah dapat, cincin juga
[ cincin idaman hati 2014 ]


Harap target tahun 2015 nak dapat cincin idaman hati macam di atas tercapai.
Aamin.


Target sendiri, duit sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 09, 2015

Memikirkan masalah orang sehingga masalah sendiri terabai

Aku tak tahulah, kebelakangan ini satu persatu masalah jadi
Tapi aku tak cerita apa yang jadi secara terperinci, aku simpan apa aku rasa
Aku pendam apa aku ada


Hakikatnya sangat sakit bila mengenangkan
Memikirkan apa yang sedang berlaku


Sampai satu tahap, orang lain ada masalah, "dibebankan" pada kita
Lepas seorang, seorang dan seterusnya
Bukan dia tahu kita ada masalah tersendiri
Mungkin sebab raut wajah sentiasa mengukirkan senyumaan saat disapa


Ya, aku hebat dalam "berlakon" menyembunyikan perasaan sebenar
Sebenarnya aku banyak mengadu pada DIA
Yang lebih memahami apa kita rasa


ALLAH, kuatkan hambamu ini
Moga ada kekuatan dalam meneruskan kehidupan
Biar apa orang kata asalkan kita tahu apa kita rasa


Kadang, tiba-tiba air mata mengalir saat keseorangan....


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 26, 2015

Langkah demi langkah

Kaki mengikut langkah
Kaki akur pada tindak tanduk
Kaki mengekor apa yang diarahkan


Kedepan, kebelakang, ketepi
Kesana sini
Kadang juga tidak tentu arah


Moga langkah yang dipilih adalah langkah sebaiknya
Tak mampu terbaik sekurangnya memilih untuk jadi terbaik



Ini suasana kampungku di Batas Pinang, Parit Buntar




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 19, 2015

Terus hidup untuk menuju ke depan

Jalan dunia ini penuh berliku
Di hadapan adalah masa depan
Di belakang adalah kenangan
Juga untuk dijadikan pedoman


Walau kadang aku tersasar
Aku perlu cepat-cepat sedar
Jangan terus terleka
Dengan permainan dunia





Kadang kau nampak aku ketawa
Hakikatnya mungkin sebaliknya
Apa pun aku terus berdoa
Moga semua baik-baik sahaja


Kita perlu terus hidup
Teruskan ke depan
Jangan pernah memandang belakang
Jangan....




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 08, 2015

Dugaan demi dugaan

Sebenarnya banyak "dugaan" yang jadi pada aku terutama seminggu lepas raya
Boleh dikatakan satu persatu
Benda kecil, aku tak berapa kisah
Tapi ia melibatkan soal hidup aku


Jarang aku nak coretkan perihal peribadi secara terperinci
Kadang teringin jemari ini menaip laju
Meluahkan apa yang perlu
Tapi bila difikirkan, sabar selagi mahu
Jangan diikutkan emosi


Sebab itu banyak entry aku berkaitan CMD
Dengan harapan aku mampu leka dengan masalah peribadi
Berceloteh dan menyibukkan diri dengan perkara lain
Walau aku tahu itu bukan cara menyelesaikan masalah
Pelikkah begitu?


Sekarang, perlahan-lahan mencuba
Cuba apa terdaya
Dah tak terkata
Hanya mampu mengenang sahaja


Maaf kerana aku rasa tak perlu aku kongsikan puncanya disini
Cukup sekadar luahan sebegini.......







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^