tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, May 10, 2012

Kegembiraan dan Kenangan

Kita mulakan dengan kegembiraan ya. Semalam terima 2 barang dari pihak pos. Okay, yang pertama ialah FM Bandung jauh terbang nek Air Asia ni,hihihi . Pemberian bermakna dari salah seorang akak blogger yang telah lama ku kenal, Kak Anne.


Lama mana kenal walau tak pernah jumpa? Sejak beliau mengandungkan anaknya Kasyah sehingga dah umur lebih dari setahun. Lama tak?


- kelas kau yuiiii, muahaha! -


Cerita kedua, agak sedih + menjadi kenangan. Kad kesihatan/pemeriksaan Kaka dah sampai ke rumah. Dipos oleh akak blogger juga merangkap senior PUO, Kak Eintan. Beliau ni pegawai veterinar. Jadi,aku suka rujuk masalah kucing padanya.


- kad yang menjadi kenangan -


Begitulah kisahnya untuk entry kali ini. Satu menjadi kegembiraan dan satu lagi menjadi kenangan. Thanx juga pada Kak Eintan untuk entry salam takziah.


nota kecik yui
Balik SS semalam
aku masih terpanggil nama Kaka
dah biasa bila sampai panggil
Hmmmm





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 35 # - Kata-kata

Tanpa kita sedar


Kata-kata boleh menyedarkan
Kata-kata boleh menyakitkan
Kata-kata boleh menghancurkan
Kata-kata boleh menggembirakan
Kata-kata boleh membahagiakan


Moga kata-kata kita penuh makna dan pengertiannya
amiiinnn




sumber : FB sendiri





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 09, 2012

WW 45 - Macaroni Cheese





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kau pergi selamanya

09/05/2012 - 7.37 a.m


Akhirnya kau pergi juga
setelah lama kau menderita
aku tak sanggup sayang


Semalam, sempat aku bawa kau
tidur bersamaku walau hanya sekejap
aku usap kepalamu
aku belai badanmu
lembut sahaja
lemah tak bermaya


Subuh tadi jam 6.00
aku bangun, mak juga
melihat dirimu yang semakin nazak
nafas sangat perlahan
mulut terbuka sedikit


Tanpa kami sedar
air mata laju berguguran
mak, aku
sedih melihatmu


Akhirnya, jam 7.37 pagi 09/05/2012
kau pergi juga
pergi selamanya meninggalkan kami
yang sentiasa akan merinduimu
gelagatmu
suaramu


Terima kasih sayang sudi hidup  bersama kami
walau hanya sebulan lebih
itu cukup membuatkan kami gembira
kami redha
kerana ALLAH lebih sayangkanmu sayangku, KAKA


 - keadaannya pagi tadi -


- saat nazak -


nota kecik yui
Saat entry ini aku taip
air mata aku gugur laju
Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^