tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label rezeki berblog. Show all posts
Showing posts with label rezeki berblog. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Menang RM 50 dari Slimmtreats

Alhamdulillah, tak sangka terpilih antara 5 orang yang mendapat RM 50 dari pihak penaja iaitu SlimmTreats hasil dari melibatkan diri untuk join Giveaway Slimmtreats Bersama Dianarashid.com




Untuk pengetahuan korang,
SlimmTreats adalah pemborong dan peruncit chia seeds 100% organik ke seluruh Malaysia. Ramai orang dah tahu mengenai kebaikan & kelebihan chia seeds. Nak cuba turunkan berat, untuk kesihatan, WAJIB cuba ya!


Jika korang nak cuba chia seeds,
Boleh dapatkan dari SlimmTreats. 1 paket RM 27 termasuk kos pos dan setiap pek mempunyai berat sebanyak 200 gram. Boleh hubungi 012-614 5179 untuk membuat pesanan & penghantaran.


Terima kasih buat penaja, Slimtreats.


Hadiah RM 50 Yui buat beli kibbles anak-anak bulus. Alhamdulillah rezeki mereka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 29, 2016

Menang RM 100 Lazada Shopping Voucher

Alhamdulillah,


Beberapa minggu lepas Yui check email dan dapat tahu Yui menang RM 100 voucher dari Lazada. Apa Yui belek untuk guna voucher?


Haruslah keperluan anak-anak bulus. Dok tengok sangkar tingkat sebab dah uzur sangat yang ada di rumah tu. Heeee. Yui dah order, dan hanya tunggu penerimaan sahaja dalam masa terdekat. Kena tambah amaun juga sebab harga lebih dari itu. Jadilah dapat juga jimat RM 100.


Nanti dah dapat Yui story lain.


Apa pun, alhamdulillah rezeki berblog.


Terima kasih Lazada!
Seronok shopping di Lazada buat masa ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 23, 2016

Rezeki berblog

Alhamdulillah, lepas berjumpa kenalan Blogger Utara 31/8/2016 yang lalu, rezeki melalui blog datang satu persatu. Tak pasti kenapa tapi itulah kenyataan.


1) Artikel untuk Zalora
2) Jemputan TGV Aeon Klebang, Ipoh
3) Review berbayar
4) Review produk rambut
5) Tawaran bekerjasama untuk artikel ( tapi ni terpaksa tolak )
6) Tawaran affiliate produk kecantikan


Kalau difikirkan, blog picisan Yui ni tak seberapa. Iklan Nuffnang pun tak betul, banyak yang perlu edit untuk blog ini. Rasanya nanti kena cari juga yang pakar untuk betulkan apa yang patut.


Apa pun,
Syukur untuk setiap rezeki yang ada.


Kalau ada nak minta Yui review, silakan emel fashanusha@gmail.com . Eh sempat plak. Hihi.


Salam Jumaat semua.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 15, 2016

Hasil Nuffnang pertama di tahun 2016

Sedar tak sedar dah dekat 6 tahun dengan Nuffnang. Dulu pernah curang kejap, tapi lepas itu kembali setia. Ececehhhh !!


Ini pendapatan pertama di tahun 2016 dan merupakan pendapatan terendah selama ini. Huuuu, rezeki tak banyak. Lagipun macam salah setting letak iklan. Nak ubah sendiri, macam takut salah. Tunggu upah orang jelah nanti.




Cek dah dapat minggu lepas dan semalam dah pergi ke Maybank. InshaaALLAH petang ini atau esok akan clear dalam akaun.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 02, 2016

Cashout Nuffnang kali pertama tahun 2016

Jumaat lepas bersamaan 29/1/2016 aku sempat tekan button cashout Nuffnang. Dah takde nak tunggu cecah ratus ringgit, lepas je amaun RM 50, memang terus cashout saja.


Memang taknak dah kumpul-kumpul bagai. Semua sebagai langkah berjaga-jaga. Heeeee. Alaaa, lagipun nuffnang aku sekarang memang sendu. Kalau dulu, memang gempak. Tapi sekarang, faham-faham sendirilah ya.


InshaaALLAH takde apa awal Mac akan dapat cek. Harap semua dipermudahkan.


Korang yang sama dengan aku, selamat menunggulah ya =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 04, 2015

CEK NUFFNANG DAH SELAMAT TERIMA

Cek Nuffnang dah selamat sampai di ss dan aku juga dah selamat masuk ke cheque deposit pagi tadi. InshaaALLAH minggu depan dah clear dalam akaun.




Alhamdulillah rezeki saja suka-suka berblog.


Tahniah juga kepada yang dah terima. Duit untuk ramadhan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

FM Sabah hadiah top komen

Jauh ni dari Sabah tapi puan empunya blog dah pindah ke N9 sekarang. Alhamdulillah dah di halaman sendiri.




FM ini aku dapat sebab jadi antara top komen di blog Mama Jijah. Tak sangka sebenarnya tapi rezeki jangan ditolak. Ehehehe.


Cantik fm ini!
TQ dear Jijah.


Jom kenal-kenal dengan Jijah ---> http://nurazizahyahaya.blogspot.com/




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 13, 2014

Menang kain sulam coin material prada di GA Mialiana.com

Alhamdulillah rezeki join GA Mialiana.com. Hari Jumaat lepas memang sungguh sibuk memandangkan seorang staf AL. Tinggal berdua maka pulun layan pelanggan yang datang bertandang.


Semalam buka blog baru perasan aku antara pemenang. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku bakal dapat?

1 pemenang x Kain Sulam Coin Material Prada bernilai RM90 


Alhamdulillah rezeki. Semoga penganjur & para sponsor semakin murah rezeki. Aamiin.


Terima kasih juga kepada rakan blogger yang ucapkan tahniah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 15, 2014

CPUV [18,19&20] 2014

Alhamdulillah masih ada lagi iklan yang sudi running di blog picisan ini. Tetap bersyukur sebab ini rezeki bersama Nuffnang sambil membebel dalam blog sendiri. Jana pendapatan sampingan namanya. Hihi.




Korang yang lain pun mesti dapat banyak CPUV kan? InshaaALLAH mungkin hujung bulan ini atau bulan depan nak cashout. Buat belanja raya haji pulak. Boleh gitu? Ekekekeke.


Iklan, sila menginap lama sikit.


Terima kasih kepada anda yang sudi klik iklan-iklan yang ada.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 04, 2014

Emel dinanti telah diterima

Alhamdulillah kelmarin buka emel, nampak satu emel yang membuatkan aku tersenyum. Emel payment advice untuk bayaran dari Nuffnang.




Selalu kalau dah terima emel, dalam 2-3 hari akan terima cek. Lepas itu boleh tunaikan. Moga segala urusan dipermudahkan. Boleh buat topup untuk belanja raya. Alhamdulillah.


Tahniah juga kepada penerima yang lain.


Sambil membebel sambil jana pendapatan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 01, 2014

CPUV [10,11,12 & 13] 2014

Sebenarnya aku selalu tengok Nuffnang seminggu paling sikit sekali sahaja. Jadi kadang terperasan atau tidak ada CPUV baru yang menjelma. Ada juga bila tengok dah tamat. Kesian dik non lambat tahu.




Buat masa ini ada 2 CPUV yang masih running iaitu dari U Mobile & Invest Smart Campaign. Moga CPUV dapat tahan lama buat stok untuk dana selepas raya. InshaaALLAH.


Masih menanti cek dari Nuffnang. Hampir sebulan menunggu. Harap tiada apa-apa masalah. Duit untuk spare raya/lepas raya.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 24, 2014

Hadiah kerongsang Sabah dari blogger Jijah

Siapa tak kenal blogger Jijah atau lebih dikenali sebagai blogger ratu pecut. Ekekeke. Jururawat yang kini berkhidmat di Sabah. Alhamdulillah rezeki aku untuk dapat kerongsang cun dari Sabah. 




Warna ungu memang sungguh menawan. Sweet gitu. TQ dear sebab sudi berikan set kerongsang yang sangat comel. Mutiara sabah memang cun!


Nak kenali blogger Jijah? Blog ---> http://www.ziezah.com/


Tahniah juga kepada blogger lain yang dapat set kerongsang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 24, 2014

GA Nurul Yui Collection



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim

Yui lancarkan GA Nurul Yui Collection
{ online business Yui }


Syarat-syarat mudah yang WAJIB dipatuhi :

1) Buat satu entry dengan tajuk " GA Nurul Yui Collection ", letak banner & linkkan entry ini

2) Follow blog & like page Nurul Yui Collection


3)  Berikan link entry penyertaan anda yang lengkap di komen entry ini

* Kejujuran anda amatlah dihargai ketika menyertai GA ini
Yui akan komen di setiap entry penyertaan anda

Jumlah pemenang :

1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( DiGi/Maxis/Celcom )


Cara pemilihan pemenang :

1 x top referral
2 x random org


Tarikh penting :

GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014


Peserta yang tidak memenuhi syarat AUTOMATIK tidak dimasukkan dalam
senarai peserta


Terima kasih kepada mereka yang sudi sertai GA tidak seberapa ini
=___=


ENTRY MELEKAT
ENTRY BARU SCROLL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 05, 2014

Cashout Nuffnang kali ke-5

Alhamdulillah Jumaat lepas sekali lagi daku tekan button cashout di Nuffnang. Malas nak cecah 3 angka, terus nak cashout. 


Bukan apa, ada perasan beberapa masalah yang berlaku pada blogger lain. Harap masalah itu tak terjadi padaku dan kalian..




Amaun tak tinggi menggunung tapi sudah cukup buat stok choki choki untuk 39 bulan. Hihi. Moga cek cepat sampai dan dipermudahkan urusan nanti.


Aminnn.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^