tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Sunday, January 01, 2017

Acar buah dari pihak lelaki

Kenduri bertandang hari Ahad 25/12/2016 ke rumah lelaki. Doorgift yang diberikan untuk rombongan pengantin ialah  sebiji telur masin diletak dalam bekas kaca dan sebekas acar buah.




Yui tersuka tanpa sengaja dengan acar buah ini. Cukup lengkap rasanya dan kena dengan tekak Yui. Nanti nak tanyalah kat mana deme order.


Korang suka acar buah tak?
Yui suka ratah macam itu aje.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 27, 2016

Majlis perkahwinan sebelah perempuan [24/12/2016]



Welcome Azmil 

Selamat membiasakan diri dengan keluarga yang gila-gila ini
Hahahaha!


Fuhhh, tak percaya Yui dah ada adik ipar
Kahkahkah!


Inilah gambar keluarga Yui
Kami 4 beradik sahaja 






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 21, 2016

Yui akan bercuti untuk urusan perkahwinan adik

Korang,


Yui dah ambil cuti Khamis & Jumaat sebab satu-satunya adik perempuan Yui nak nikah. Hehehe. Alhamdulillah, tahniah untuk dia. Takpe langkah bendul ke jendul janji bahagia.


Maka,
Mungkin blog akan sunyi sepi sehingga hari Isnin depan ( sebab cuti umum ). InshaaALLAH lepas itu kembali aktif. Yui akan lebih aktif di FB ( sebab situ punca utama cari rezeki tambahan untuk anak-anak bulus ).


Tak banyak Yui cerita kisah perkahwinan adik Yui kan?
Takpe nanti perlahan-lahan. Bukan mudah nak hasilkan sesuatu entry dari hati, jiwa & raga. Wahhhh gituuu.


Doakan semua dipermudahkan ya.


Ini perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Menantu pertama mak & abah Yui. Nak tunggu Yui entah bila, bagi adik Yui "jalan" dulu. ekekeke.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 23, 2016

WW 21 [2016] - Gaun pengantin yang wow!




Yui lagi suka yang A 
Korang?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 15, 2016

Pengantin tipu hantaran kahwin

Bila baca berita macam ni, ada pelbagai yang terdetik di fikiran.


Antaranya :
Kos sara hidup semakin tinggi
Sukar mendapat pekerjaan tambahan
Hantaran yang diletak melebih keupayaan





Walau sesusah mana sekalipun, jangan sesekali perlu "menipu" untuk mendapatkan sesuatu. Tambahan melanggar apa yang diperintah ALLAH!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 05, 2016

Akim & Stacy sah bergelar suami isteri

Alhamdulillah, tahniah. Sebuah lagi masjid berjaya didirikan. Stacy sah bergelar isteri kepada Akim dengan dua kali lafaz. Tak kisah berapa kali pun kan, asalkan dah halal =)




Sekali pandang tak kenal orangnya, hehehe




Tahniah sekali lagi. Moga masjid dibina dirahmati dan berkekalan hingga jannah, Sama-sama bertolak ansur itu yang penting kan. Eceeeh, macam diri sendiri dah kahwin. Heheheh.


Sumber gambar : Beautifulnara




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 25, 2015

Selamat Pengantin Baru sahabat, Pika & Pasangan

Alhamdulillah lagi seorang sahabat telah selamat mendirikan rumah tangga pada hari Sabtu 22/8/2015. Pernikahan yang pada mulanya akan berlangsung selepas Asar terpaksa ditunda selepas Maghrib disebabkan kereta pengantin rosak.




Dugaan untuk berbuat baik. Alhamdulillah dah selamat bernikah. Sayangnya kami tak sempat tengok sebab mengejar masa. Maaf ya Pika.


Dah 2 orang dalam gambar ( hujung kanan ) selamat bergelar isteri. Lagi 2 orang belum pasti. Miaahahaha! Doakan yang terbaik ya.


Selamat pengantin baru Pika & pasangan. Moga masjid yang dibina berkekalan hingga jannah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 23, 2015

Beruntung punya mertua sebegini




Kawan, kawan juga
Tapi pasangan tu jangan dibiar terpinga-pinga


Bahagikan masa
Itu sebaiknya


Wahhh kelas kau cik Yui, hahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 06, 2015

KENAPA PERKAHWINAN DAHULU LEBIH KEKAL?


Sama-sama menjaga hubungan yang ada sebaiknya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 13, 2015

Hantaran masa kini





Bagus juga buat macam ini.
Memenuhi kelengkapan rumah.
Agaknya kalau aku kahwin, hantaran sebeginikah?
Hahaha, angan!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 16, 2015

Kenduri kahwin di Pahang

Semalam aku, mak, abah, opah & makcik satu kereta bergerak ke Pahang. Ke Jengka 16 kalau tak silap. Ada majlis perkahwinan saudara bau-bau bacang. Memandangkan itu anak terakhir yang kahwin, haruslah pergi.


Gerak pukul 6.15 pagi, sampai jam 10 pagi. Alhamdulillah urusan pergi dipermudahkan.
Lepas saja makan tengahari, terus bergerak ke rumah saudara lain di Jengka 4.
Fuhhhh, jauh tersasar sampai nak menghala ke Maran disebabkan tiada signboard tunjuk arah Jengka 4.


Bila dah patah balik, baru ada signboard.
Dah masuk simpang, ada lagi banyak simpang. Yang penting, jauh juga perjalanan dari setiap jengka ke jengka lain.


Dah lawat opah saudara, terus gerak balik lebih kurang jam 3 petang.
Silap jalan, dalam sejam baru nak jumpa jalan menuju highway.
Akhirnya sampai SS terlewat sejam.


Waktu pergi, 4 jam
Waktu balik, 5 jam


Apa pun, alhamdulillah urusan dipermudahkan. Yang penting Opah seronok sebab dia yang beriya nak pergi. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 16, 2015

Majlis perkahwinan sahabat baik, Ira

Inilah dia majlis di mana aku jadi pengapitnya. Miahahahaha. Pengapit tersepit. Eh! Maaf sayang sebab lambat update kisah kamu.



Di majlis pernikahan
Serious rasa sebak!
Awat entah



Sesi begambar di photobooth
Antara sahabat baik yang hadir



Di pelamin yang sangat indah
Gaun dia perghh cantik!
Jauh dari Bandung


Buat sahabat baikku, Ira
Semoga bahagia sentiasa bersama suami tersayang hingga ke jannah
Moga menjadi isteri solehah
Moga peroleh zuriat soleh & solehah
Moga dipermudahkan segala urusan
InshaaALLAH


Far sayang ira tau!


Bila seorang demi seorang sahabat baik mengakhiri zaman bujang, diri rasa sebak. Tak pasti kenapa tapi itu yang ku rasa. Aku doakan kebahagiaan kalian.



Moga persahabatan kita kekal selamanya.


Nampak sangat aku ketot sebab pakai kasut flat. Padahal hakikatnya sama tinggi dengan pengantin perempuan. Hehehe.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 23, 2014

Kali terakhir sebagai pengapit

Sebenarnya tak terfikir nak jadikan ini kali terakhir tapi itulah, kadang kita cakap macam itu, tak jadi gitu pun. Tapi memang harap aku jadi pengapit dan ini kali terakhir. Tak berapa suka jadi pengapit, hahahaha.



Tulisan selamat datang dariku (buruk!)


Umur dah 26 tahun, rasa diri dah tua nak jadi pengapit bagai walaupun masih bujang. Lepas ini nak jadi pengantin pula. Bila? Bila sampai masa dan ada jodohnya. Ewah jawapan artis! Hahahaha.


Tunjuk satu gambar dulu. Banyak di FB tapi kat blog lebih banyak aku boleh pokpek. Mehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 13, 2014

Bergerak ke KL

InshaaALLAH tepat jam 10 pagi aku akan naik ETS menuju ke KL. Di sana nanti, kawan akan jemput dan terus menuju ke kenduri sahabat baik di Kajang.


Doakan semoga perjalanan pergi dan balik selamat.


Tiket balik ke Ipoh aku tak beli, kira tawakal sahaja. Hahaha.


Tak sabar nak tengok pengantin sebab si pengantin agak brutal orangnya. Mehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 12, 2014

Majlis perkahwinan sahabat baik, Atiqah

Oh so sweet korang laki bini tiqah & mail. Serious aku suka tengok gambar-gambar korang. Terus aku berangan adakah aku mampu seperti itu. Hahahaha.




Buat Tiqah & Mail
Selamat pengantin baru
Semoga kebahagian hingga ke hujung nyawa
Moga ALLAH permudahkan segala urusan




Saja aku coretkan di blog ini untuk kenangan sebagai sahabat baik antara kita. Lepas ini, sukarlah nak "berfoya-foya" sebab ada syurga yang terlebih dahulu didahulukan. Ehehehe, gurau saja!


Tahniah sahabat!


Esok seorang lagi sahabat baik kahwin. Minggu depan pun seorang lagi. Tahniah tahniah.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 28, 2014

Pengapit untuk 2 bakal pengantin tapi

Ehem-ehem, ini bukan kali pertama tapi dah nak masuk kali ketiga. Dulu pun jadi pengapit sebab "terpaksa", Redha jelah sebab kesian. Mehmeh.


Kali ini, memang member rapat nak aku jadi pengapit depa. Oh sahabat, demimu ku rela. Untuk pengetahuan semua, bermula dari minggu pertama hingga minggu ketiga bulan 12, ada 3 orang kawan rapat aku kahwin. Minggu pertama di Taiping, minggu kedua di Kajang, minggu ketiga di KL.


Kiranya aku akan jadi pengapit untuk 2 orang sahaja. Masing-masing dah bagi baju pada aku untuk aku tempah & inshaaALLAH minggu ini baju itu siap.


Ermmm sebenarnya
Yang di Taiping aku tak dapat pergi. Sob sob. Aku kena hadiri sesuatu yang lebih wajib. Dah bagitahu member semalam. Sedih pula sebab dah rancang awal untuk semua ini. Apakan daya, rezeki takde.


Kiranya nanti ada 2 kenduri sahaja inshaaALLAH aku dapat hadir & aku bakal pengapit untuk seorang sahaja kawan rapat.


Mak aku siap perli, ini dah banyak kali jadi pengapit, lepas ini jadi pengantin pula naaa. InshaaALLAH kalau ada jodoh =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 15, 2014

Papan tanda tunjuk arah majlis perkahwinan



Ternampak gambar ini di FB
Ok nama perempuan sama macam nama aku
Tapi itu bukan bermakna MAJLIS aku tau
Ekekekekeke!


Aku harap pasangan aku adalah yang sepatutnya
InshaaALLAH
Andai jodoh itu ada
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 21, 2014

Majlis perkahwinan sepupu, Azim & isteri



Alhamdulillah seorang lagi sepupu aku selamat mendirikan masjid bersama pilihan hatinya. Majlis pernikahan berjalan lancar pada 7 Jun 2014. Kenduri sebelah perempuan aku dan keluarga sempat hadirkan diri. Meriah majlisnya.


Gambar di atas, untuk majlis sebelah lelaki. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik & sempurna. Buat sepupu daku, Azim, moga kalian bahagia hingga jannah. Moga rumah tangga yang dibina diredhai & sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH.


Sepupu aku tua setahun dari aku. Jadi, antara umur tua di kalangan sepupu bujang yang ada buat masa ini ialah aku. Maka aku menjadi "mangsa" soalan famous, muehehehehe. Takpe, teman dah biasa. Ada jodoh tak kemana. Ye dak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 04, 2014

Kenduri kahwin rakan sepoli



Satu kereta menuju ke tempat yang sama
Aktiviti lepas kenduri kahwin 
bowling -> makan -> balik


Tahniah kawan sepoli
Syazrah Adilah & pasangan
Lepas ini ada lagi jemputan kenduri kahwin rakan sepoli


InshaaALLAH aku akan hadirkan diri





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 12, 2013

Apa yang menarik di majlis perkahwinan Fizo Omar & Mawar?

Paling tertarik atau best haruslah tentang pernikahan mereka. Suasana meriah & semuanya dipermudahkan. Pasangan pengantin pun nampak sama cantik dan sama padan. Alhamdulillah.




Tapi apa yang lebih menarik perhatian daku selain itu adalah warna pakaian mak & ayah Mawar. Hijau yang pada pandangan mata aku sangat cantik.


Terus aku cakap pada mak, nak buat baju warna hijau macam itula. Lagipun takde warna macam itu lagi dalam koleksi almari. Muahahaha.




Nampak terang warnanya kan tapi itula, macam susah nak cari warna ini. Takpe, aku usahakan nanti.


Buat tema raya tahun depan pun ok juga ni. Eh, dah fikir tema raya sebab dah selamat ganti puasa lama dah. Yang tak ganti, jangan fikir tema lagi ya. Ngeh ngeh.


Warna baju mak Fizo pun cantik. Tiada lagi koleksi warna biru.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^