Makin banyak anjing liar di kawasan perumahan aku walau mereka bukan jenis menganggu orang. Buat hal sendiri. Ada macam-macam spesis. Dari yang besar sampai yang kecil.
Dalam banyak-banyak anjing, ada seekor anjing hitam kecil rajin singgah rumah aku. Sebab apa? Kami rajin letak makanan yang tidak habis/saki baki tulang letak luar rumah ( berdekatan pagar ). Kenapa dia saja yang datang? Sebab dia saja yang muat masuk pagar kami. Mehmehmeh.
Dulu kami suka letak sebab akan ada kucing-kucing jalanan yang singgah nak berteduh/makan/minum. Sayangnya sekarang dah tak jumpa. Mungkin dah berhijrah ke tempat lain. Sob sob sob. Sedih.
Maka pengganti buat masa ini, tengok anjing liar sahaja. Bantu sikit macam itu pun jadilah. Nak dibuat main dan dibelai tak boleh. Huhu.
Tiba-tiba rindu dengan kucing-kucing kesayangan di rumah.
Simpati dengan haiwan-haiwan terbiar. Sayu tengok. Pernah dengar kisah hamba ALLAH masuk ke syurga hanya kerana seekor anjing? Jadi jangan menganiaya binatang ok. Kalau tak suka sekalipun jangan sampai menyeksa mereka.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^