Bermulanya kisah aku bela kucing sudah bertahun-tahun dahulu. Masa itu di Maybank SS, ternampak seekor anak kucing berada di kawasan longkang. Aku turun dan ambil anak kucing itu. Ketika itu aku dengan mak. Ku namakan kucing jantan itu Mie.
Bermula dengan seekor, sampai satu hari aku ambil seekor kucing betina dari kampung iaitu Nenek Eton ( alhamdulillah masih hidup hingga kini ). Bila dah mula bunting, paling sikit anak yang dilahirkan sekurangnya 2 ekor dan ada yang mencecah 6 ekor. Untuk pengetahuan anda,
dalam setahun kucing boleh beranak 3 kali. Usia kandungan hanya 3 bulan sahaja. Kalau sekali beranak 6 ekor, 3 kali beranak dah 18 ekor! Itu dalam masa setahun.
Dari mana bertambahnya kucing?
1) Beranak
2) Ada yang kami jumpa ( kesian sebab mereka kecil )
3) Ada yang bagi kami ( datang rumah & katanya dia jumpa )
Hingga kini di tahun 2014, sudah hampir 30 ekor kucing di rumah di SS. Allahuakbar! Memang rumah kami meriah dengan kehadiran kucing, binatang kesayangan Rasulullah. Rezeki kami alhamdulillah cukup untuk tampung mereka.
Dulu
Aku takut untuk mandulkan kucing aku. Rasa kesian yang menebal. Tapi bila kesedaran itu timbul, baru aku tahu
banyak kebaikan jika mandulkan kucing. Demi kebajikan mereka juga. Demi kesejahteraan jiran tetangga.
Kini
Perlahan-lahan aku mandulkan seekor demi seekor. Oleh kerana kos yang agak tinggi, aku cuba buat apa yang patut termasuk pencarian melalui
Dana Untuk Meow. Alhamdulillah, boleh juga ku tampung mana yang patut.
Tolong, andai ada yang tak suka dengan binatang kesayangan Rasulullah ini,
jangan sesekali menganiayainya. Jangan lakukan tindakan yang boleh menunjukkan kebodohan diri sendiri seperti sepak terajang, kedekut berkongsi rezeki, sengaja membunuh.
Aku bab binatang, sangat sensitif. Terfikir kalaulah mereka boleh berkata-kata sudah tentu kita lebih memahami perasaannya. Allahuakbar..
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^