tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ~~PUO~~. Show all posts
Showing posts with label ~~PUO~~. Show all posts

Wednesday, November 09, 2016

Menang topup RM 5

Alhamdulillah, rezeki malam tadi. Yui nampak kak blogger a.k.a akak senior Yui ketika belajar dulu. Dia dok buatlah main teka-teka amaun duit syiling tu.




Yui tengok gambar terus Yui teka. Heeee, kalau hangpa nak tau, Yui suka juga kumpul syiling dulu. Pastu dok kira laaa. Tu yang boleh agak amaun. Hahahaha.


Apa pun, terima kasih kak.
Topup dah selamat dapat dan selamat guna. Naik laa juga baki terkini tu. Lalalala.


Jom kenal dengan blogger 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 12, 2015

Mencari calon suami

Amboii tajuk tak boleh blah ea? Hahaha.
Takdelah. Aku teringatkan apa kata sahabat aku.


Kan aku ada p KL haritu, lepas ambil aku di KL Sentral, kami terus singgah solat di Sogo.
Dah sudah semua, sembang santai dengan sahabat-sahabat di muka pintu surau.


Katanya,
"Far, nak cari calon suami, sebaiknya kat tempat macam inilah."
Lebih kurang gitu apa yang dicakap.


Aku senyum & tambah
"Lagi elok kita mencari ketika Subuh. Baru kita tahu liat atau tidak bangunnya"


Sahabat aku itu senyum tanda setuju.


Jadi, sekarang misi aku mencari calon suami. Ehhhh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 25, 2015

Selamat Pengantin Baru sahabat, Pika & Pasangan

Alhamdulillah lagi seorang sahabat telah selamat mendirikan rumah tangga pada hari Sabtu 22/8/2015. Pernikahan yang pada mulanya akan berlangsung selepas Asar terpaksa ditunda selepas Maghrib disebabkan kereta pengantin rosak.




Dugaan untuk berbuat baik. Alhamdulillah dah selamat bernikah. Sayangnya kami tak sempat tengok sebab mengejar masa. Maaf ya Pika.


Dah 2 orang dalam gambar ( hujung kanan ) selamat bergelar isteri. Lagi 2 orang belum pasti. Miaahahaha! Doakan yang terbaik ya.


Selamat pengantin baru Pika & pasangan. Moga masjid yang dibina berkekalan hingga jannah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 16, 2015

Majlis perkahwinan sahabat baik, Ira

Inilah dia majlis di mana aku jadi pengapitnya. Miahahahaha. Pengapit tersepit. Eh! Maaf sayang sebab lambat update kisah kamu.



Di majlis pernikahan
Serious rasa sebak!
Awat entah



Sesi begambar di photobooth
Antara sahabat baik yang hadir



Di pelamin yang sangat indah
Gaun dia perghh cantik!
Jauh dari Bandung


Buat sahabat baikku, Ira
Semoga bahagia sentiasa bersama suami tersayang hingga ke jannah
Moga menjadi isteri solehah
Moga peroleh zuriat soleh & solehah
Moga dipermudahkan segala urusan
InshaaALLAH


Far sayang ira tau!


Bila seorang demi seorang sahabat baik mengakhiri zaman bujang, diri rasa sebak. Tak pasti kenapa tapi itu yang ku rasa. Aku doakan kebahagiaan kalian.



Moga persahabatan kita kekal selamanya.


Nampak sangat aku ketot sebab pakai kasut flat. Padahal hakikatnya sama tinggi dengan pengantin perempuan. Hehehe.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 13, 2015

Coklat dari Langkawi buah tangan sahabat

Baru ini dia minta alamat opis. Aku bagi tanpa tanya apa-apa. Tengok-tengok esoknya dapat bungkusan. Ada coklat rupanya!


Dia tahu aku gemar coklat almond gold


Alahai sayang, tengah seronok honeymoon pun masih ingat nak bagi kat kawan dia ini. Ehehehehehe. Apa pun terima kasih dear. Far sayang ira!


Baru perasan aku masih tak masukkan gambar perkahwinan dia dalam blog ini. Haaa, nanti masuk. Wajib sebab bestfriend!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 23, 2014

Kali terakhir sebagai pengapit

Sebenarnya tak terfikir nak jadikan ini kali terakhir tapi itulah, kadang kita cakap macam itu, tak jadi gitu pun. Tapi memang harap aku jadi pengapit dan ini kali terakhir. Tak berapa suka jadi pengapit, hahahaha.



Tulisan selamat datang dariku (buruk!)


Umur dah 26 tahun, rasa diri dah tua nak jadi pengapit bagai walaupun masih bujang. Lepas ini nak jadi pengantin pula. Bila? Bila sampai masa dan ada jodohnya. Ewah jawapan artis! Hahahaha.


Tunjuk satu gambar dulu. Banyak di FB tapi kat blog lebih banyak aku boleh pokpek. Mehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 15, 2014

Majlis perkahwinan sahabat baik, Nur Asyikin

Alhamdulillah hari Sabtu 13/12/2014 aku selamat juga tiba di kenduri kahwin salah seorang sahabat baik aku, Asyikin atau dikenali sebagai Kajang ( sebab dulu ada 3 nama asyikin, jadi nak memudahkan panggil ikut tempat asal ).




Maaf sebab gambar tidak seberapa. Guna hp sahaja. Lepas ini turn yang tudung mint berbaju hitam. InshaaALLAH minggu ini kendurinya.


Buat Kajang,
Selamat pengantin baru & selamat melayari alam rumah tangga dengan penuh barakah. Moga menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang. Moga berbahagia hingga jannah. Aamiin.


Nanti aku story kejadian di KL Sentral =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 13, 2014

Bergerak ke KL

InshaaALLAH tepat jam 10 pagi aku akan naik ETS menuju ke KL. Di sana nanti, kawan akan jemput dan terus menuju ke kenduri sahabat baik di Kajang.


Doakan semoga perjalanan pergi dan balik selamat.


Tiket balik ke Ipoh aku tak beli, kira tawakal sahaja. Hahaha.


Tak sabar nak tengok pengantin sebab si pengantin agak brutal orangnya. Mehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 12, 2014

Majlis perkahwinan sahabat baik, Atiqah

Oh so sweet korang laki bini tiqah & mail. Serious aku suka tengok gambar-gambar korang. Terus aku berangan adakah aku mampu seperti itu. Hahahaha.




Buat Tiqah & Mail
Selamat pengantin baru
Semoga kebahagian hingga ke hujung nyawa
Moga ALLAH permudahkan segala urusan




Saja aku coretkan di blog ini untuk kenangan sebagai sahabat baik antara kita. Lepas ini, sukarlah nak "berfoya-foya" sebab ada syurga yang terlebih dahulu didahulukan. Ehehehe, gurau saja!


Tahniah sahabat!


Esok seorang lagi sahabat baik kahwin. Minggu depan pun seorang lagi. Tahniah tahniah.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 28, 2014

Pengapit untuk 2 bakal pengantin tapi

Ehem-ehem, ini bukan kali pertama tapi dah nak masuk kali ketiga. Dulu pun jadi pengapit sebab "terpaksa", Redha jelah sebab kesian. Mehmeh.


Kali ini, memang member rapat nak aku jadi pengapit depa. Oh sahabat, demimu ku rela. Untuk pengetahuan semua, bermula dari minggu pertama hingga minggu ketiga bulan 12, ada 3 orang kawan rapat aku kahwin. Minggu pertama di Taiping, minggu kedua di Kajang, minggu ketiga di KL.


Kiranya aku akan jadi pengapit untuk 2 orang sahaja. Masing-masing dah bagi baju pada aku untuk aku tempah & inshaaALLAH minggu ini baju itu siap.


Ermmm sebenarnya
Yang di Taiping aku tak dapat pergi. Sob sob. Aku kena hadiri sesuatu yang lebih wajib. Dah bagitahu member semalam. Sedih pula sebab dah rancang awal untuk semua ini. Apakan daya, rezeki takde.


Kiranya nanti ada 2 kenduri sahaja inshaaALLAH aku dapat hadir & aku bakal pengapit untuk seorang sahaja kawan rapat.


Mak aku siap perli, ini dah banyak kali jadi pengapit, lepas ini jadi pengantin pula naaa. InshaaALLAH kalau ada jodoh =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 16, 2014

Permintaan untuk mengetahui cerita sahabat

Tujuan aku berkongsi kisah sahabatku adalah untuk dijadikan iktibar. Dijadikan peringatan buat kita bersama. Jangan salah tafsirkan. Yang baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan.


Ada blogger yang berharap untuk tahu lebih lanjut kisahnya. Tiada apa yang boleh ku kongsikan. Lebih kepada pemerhatian & berharap beliau tabah & terus kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya tanpa seorang suami.


Aku berkongsi mana yang mampu & layak untuk dikongsikan.


Hingga saat ini, beliau masih update status di FB. Gaya penulisannya nampak teratur & tenang. Tapi ALLAH lebih mengetahui isi hatinya. Kita hanya nampak dengan mata kasar.


Kita sebagai kawan, sangat digalakkan memberi dorongan & kata semangat. Teringat ketika aku ziarahi arwah, ayahnya meminta kami bagi sokongan untuk anaknya. Sebak ku rasa ketika itu.


Apa pun, kita doakan yang terbaik. Kehidupan mesti diteruskan. Kena kuat demi semua. 


Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 15, 2014

WW 28 [2014] - Sahabat, Fya



Al-Fatihah untuk arwah suaminya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 14, 2014

Kebahagiaan & kesedihan sekelip mata, Al-Fatihah

Untuk memulakan entry ini aku sendiri tak pasti macam mana. ALLAH tunjuk sekejap sahaja kejadian yang terjadi. Benar-benar dugaan besar buat sahabatku sendiri. Sahabat dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.


Sahabatku dikenali Fya,

Bernikah malam pada Jumaat lepas. Ku hadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu lepas. Ku dapat khabar berita mengenai suaminya pada hari Isnin semalam. Melihat pasangan pengantin, keceriaan memang terpancar. Alhamdulillah majlis sungguh meriah.


Dugaan buat mempelai baru ini,

Petang ahad, suaminya tiba-tiba rebah & pengsan. Dikejarkan ke hospital Ipoh. Dimasukkan ke ICU. Hayatnya ketika itu bergantung kepada mesin. Petang semalam selepas maghrib, mendapat khabar pemergian suaminya menghadap pencipta.


WPW atau Wolf Pakingson White. Itu adalah pengesahan doktor punca kematiannya. Memang tiada tanda atau simptom awal.


Allahuakbar
Besar dugaan buat sahabatku


ALLAH pinjamkan beberapa jam sahaja untuk merasai nikmat sebagai seorang isteri. Punya suami. Tapi ALLAH ambil kembali suaminya. ALLAH sedang mengujinya.


Mendengar cerita sahabatku ini, laju air mata ini mengalir. Aku sempat hadiri pagi ini untuk menziarahinya. Memberi kata semangat. Menyampaikan salam takziah dari teman-teman lain. Bilik pengantinnya masih dipenuhi hantaran yang belum dibuka. Sayu hati ini memandang.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Al-Fatihah untuk arwah suaminya. Mohd Halim.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 24, 2014

Majlis pertunangan sahabat baik, Ira

Alhamdulillah selesai lagi majlis pertunangan salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO, Ira. Majlis alhamdulillah meriah dan berjalan lancar. Sangat ohsem Ira!




5 orang itu adalah dayang-dayang pada majlis tersebut. Tak cukup seorang lagi sebab ada hal peribadi. Maka kami berlima sahaja yang ada.




Bab dayang kena pegang fresh flower tu semua kerja abang photographer. Tak memasal kena buat muka comel sambil pegang bunga. Muahaha!






Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi cukuplah bagi yang ini. Sama sahaja macam gambar di FB. Tepek kat blog sebab boleh pokpek lebih banyak.




Untuk buble talk itu dari Nurul Yui Collection. Kalau berminat nak order, boleh terus roger sana ya. 


Buat sahabatku Ira, tahniah sayang. Satu langkah telah berjalan lancar moga langkah seterusnya dipermudahkan. Far doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat baik Far ini. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 23, 2014

WW 10 [2014] - Dayang-dayang di majlis pertunangan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 26, 2014

Majlis pertunangan sahabat baik

Alhamdulillah salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO telah selamat menjadi tunangan orang pada hari Ahad 23/3/2014. Majlis berjalan lancar. 




Dalam gambar ada 5 orang belum terikat. No 4 dari kiri akan bertunang bulan hadapan. Yang bertunang bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini sama seperti no 7.


Tahniah sahabat. Moga menjadi tunangan yang baik & urusan seterusnya dipermudahkan.


Daku tumpang bahagia melihat kawan-kawan bahagia.


* Gambar banyak tapi up satu untuk tatapan blog




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 20, 2014

Guna perkhidmatan KTMB untuk ke Kuala Lumpur

Awal bulan lepas dah ke KL untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas sewaktu belajar di PUO. Minggu ini inshaaALLAH akan pergi lagi tapi kali ini untuk majlis pertunangan salah seorang sahabat baik.


Apa yang nak ditekankan dalam entry kali ini, jenis pengangkutan awam yang bakal digunakan. Kali ini nak guna KTMB. Mungkin train biasa atau ETS.


Kenapa tak naik bas? Sebab mak aku mula risau ditambahkan kejadian bas terbabas masuk dalam gaung. Jenis bas itu yang aku gunakan sewaktu aku pulang dari KL yang lalu. Jadi sebagai orang tua, dia risaukan anak sulung dia ini.


Maka aku sebagai seorang anak, terus bagitahu kali ini akan naik KTMB. InshaaALLAH dan moga buatkan hati seorang ibu lebih tenang.


Walau kita tahu kemalangan ada di mana-mana tapi lebih baik kita ikut kata hati orang tua kan? Yang aku pasti, dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Ok mak, Yui naik KTMB kali ini ok? Mak jangan risau. InshaALLAH takde apa-apa.


* Eceh, aku taip panjang-panjang, macam mak aku buka blog plak kan? Tapi sekurangnya aku dah sampaikan isi hati aku padanya. Macam pelik je? Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 04, 2014

Pertemuan ringkas bersama EXPRS PUO

Zaman politeknik dulu aku memang bergiat aktif dengan pembimbing rakan sebaya ataupun kelab kaunseling. Dari sem 1 hingga final sem, masih setia bersama PRS.


Alhamdulillah, Jumaat lepas sempena cuti tahun baru cina, kami jumpa. Saja-saja jumpa. InshaaALLAH bulan 10 akan jumpa lebih ramai lagi kawan-kawan yang ada. Sambil jumpa sambil bercuti mungkin.



Yang belah kanan tu juga merupakan blogger Sis Eintan
http://www.nurfuzie.com/


Sebenarnya berempat tapi dalam gambar ada 3 orang sahaja. Kami jumpa di Mydin Meru, Ipoh.


Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi jumpa ya.


"Apa yang penting? KERJASAMA!!" 
Kata-kata yang kami selalu ucapkan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 25, 2013

Hadiah pertama sempena 25 tahun



Hadiah pertama diterima dari sahabat baik daku sejak zaman politeknik, Ira. Tak sangka dia nak pos 2 pasang kain ini. Macam tahu-tahu aku dah lama tak tempah baju.


Yang merah boleh lagi nak pakai tapi yang sebelah tu macam sesuai nak bertunang pula. Huhu. Ala, sekarang pakai apa pun ok yang penting sopan itu ada kan.


Terima kasih yayunk ira. Far sayangggggg Ira. 


* Gigih tajuk hadiah pertama macamlah ada hadiah kedua pula. Hahahaha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di rumah teman lama PUO

Aci tak kalau aku kata nak sambung entry raya + tunang dengan member-member? Hahaha. Sekarang mood baru ada. 


Hari kedua bersamaan Ahad 11/8/2013, kami sempat singgah di rumah rakan sepoli di Parit Buntar. Aton nama panggilan. Aton bertunang petang tersebut tapi sayang kami tak dapat tunggu. Harus segera pulang ke Ipoh.




Yang si kecil molek di tengah-tengah itu yang bertunang. Sorry aton, kami sempat singgah beraya sahaja. Selamat bertunang kami ucapkan. Nanti kahwin jangan lupa jemput naa. Rumah dah tahu =)


Malam tersebut aktiviti kami pergi funfair, makan di Dataran Ipoh dan i-city Ipoh. Nanti aku story okay.


Oh ya, sakan korang ea tengok aku terlampau "sopan" berkayak memakai baju kurung! Nak tengok gambar, entry { ini }.


* Banyak benda nak update dari kad raya, duit raya, raya raya dan raya. Ni haa GA bulanan belum start lagi. Ada cadangan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^