tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

Korean Food - Instant Paste Jjajangmyeon atau Mee Kacang Hitam

Yui memang suka tengok rancangan Korea terutama rancangan komedi atau mengenai masakan. Agak terpengaruh tengok menu Korea selepas kerap tonton Running Man. Nampak tak pengaruh tang mana? Menyelerakan tengok cara mereka makan.


Kadang dah boleh ingat nama menu. Teringin pun ada tapi susah nak jumpa area Ipoh. Dok mengintai FB, ternampak post tentang pes segera makanan Korea. Wahh, bagai mengantuk disorongkan bantal, Yui terus buka page dan komen cari agen area Ipoh.





Agen Ipoh : 013-4367072


Semasa Yui beli, ada promosi percuma mee. Ya ALLAH, sedap tau. Kena sangat dengan tekak Yui. Nanti Yui kongsi cara masak okay. Walau first time cuba, rasa memang terbaik. Harus cuba juga versi kedai sebab nak bandingkan rasa.


Puas hati dapat rasa.
Selalu kat seoul garden/sushi king versi biasa aje menunya. Lepas ini nak cuba chicken wing korea. Wowwwww!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 20, 2017

Resepi Mudah : Chicken Wing Bakar

Maaf taktahu nak letak tajuk apa. Tapi biasa tak makan chicken wing kat pizza/domino? Haaa, Yui buat ala-ala gini tapi Yui rasa resepi Yui lagi sedap dari itu, hahahaha. Lawak je nooo. Hangpa cubalah kalau rajin.



Tergoda atau biasa?


Bahan & cara-caranya :

1) Bahagian kepak/yang kecil (rujuk gambar atas) dalam 7 ketul 
2) 3 ulas bawang putih ( tumbuk aje)
3) Untuk perapan : 2 sudu sos cili, 2 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram 
(kacau semua ni lepastu campak kepak tadi gaul sebati)
4) Letak dalam peti ais, esok pagi keluarkan kemudian ambil dalam 1 sudu butter jenama Anchor (salted), campurkan sekali & bakar dalam oven lebih kurang 40 minit, suhu 150" api atas bawah


Yui tak guna minyak sebab dah ganti dengan butter. Yui tidak letak garam atau gula sebab rasa perapan dah cukup lengkap untuk tekak Yui.



Kalau korang suka pedas,
Boleh juga tabur lada hitam (hancur).


Dah habis makan,
Jangan buang begitu aje minyak/perapan. Ambil sekeping roti, calitkan, mambleeeeessss!


Ini resepi bujang Yui. Bahan campak-campak selesai. Kahkahkah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 20, 2017

Resepi Mudah : Cendawan Shitake Sos Tiram

Keliru nak letak nama menu apa, dan memandangkan itu bahan asas, kita namakannya itu jelah ya. Tak perlu tengok pada nama tapi nilai pada rasa. Ewahhhhh. Hahahaha!




Bahan-bahan

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cendawan Shitake ( 10 ketul dipotong kecil )
Sedikit udang
Sedikit daun sup ( bagi bau yang harum )
4 sudu sos tiram
2 cawan kecil air
Sedikit garam jika perlu ( rasa dulu sebelum letak sebab sos tiram dah rasa masin )


Cara-cara

Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang, kemudian tambah air. Letak sos tiram & cendawan shitake. Biar kejap hingga mendidih. Masukkan garam jika perlu. Dah nak masak, masukkan daun sup dan terus tutup api. Selesai!



Yang ini masak untuk keluarga
Takde udang tapi tambah bunga kobis & lobak
Makan dengan kotiau


Sorry ya,
Yui masak ikut cara Yui. Korang boleh add lada hitam dan sayuran lain seperti lobak/putik jagung mengikut citarasa. Sesuai dimakan dengan nasi/kotiau. Resepi ringkas dan siap bawah 15 minit.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 24, 2016

Ini barulah Nasi Goreng Petai!

Ada yang bertanya apa aku buat dengan petai yang banyak aku beli
Ok ni ha saja nak ulang tayang balik apa aku masak
Inilah pebret kalau ada petai banyak




Aku post kat Facebook
Ramai terliur
Sampai sepupu aku yang tengah mengandung komen
"Kak, nak"


Aku ingat dia main-main
Aku ajak dia datang
Serius dia datang rumah
Hehehehe, maka aku buat lagi untuk kali kedua
Lepas ngidam ibu mengandung


Aku makan petai takkan alami bau kuat
Sebab apa?
Sebab aku ada CMD dari Revell
Heee, yang beli akan tahu cara guna


Biar busuk PETAI
Jangan busuk HATI






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 26, 2016

Resepi Mudah : Jagung Rebus berlemak ( lagi sedap dari yang beli )

Wahh, tajuk kemain berani mati kabor lagi sedap dari yang beli. Eh, memang serius !! Korang tak percaya, harus try resepi mudah kali ini. Memang berlemak cukup rasa, tak payah nak tambah pak aji bagai ( tak elok ).

.
Bahan-bahan :

1) Jagung paket ( beli saja apa jenama sekalipun, yang ini jenama Tesco )
2) Sedikit buttercup ( pastikan jenama ini sebab memang berlemak )
3) Sedikit garam
4) Air untuk rebusan ( ada yang guna cara kukus )
5) Sedikit susu manis ( dalam 1-2 sudu )

Cara-cara :

1) Panaskan air
2) Basuh jagung dan terus masukkan dalam air
3) Rebus lebih kurang 15 minit atau hingga jagung lembut
4) Toskan air ( tinggal air sedikit je untuk hirup )
5) Masukkan buttercup ( untuk setengah bungkus jagung, letak lebih kurang 4 sudu buttercup )
6) Masukkan sedikit gram & susu pekat manis
7) Kacau sebati & siap !!




Korang rasa sendiri jagung tu. Bagi aku ini dah terbaik. Beli kat luar 1 cup hampir RM 3.50. Rasa pulak tak seberapa. Haaaa, buat sendiri. Kos pun tak sampai RM 5 dapat 1 periuk. Huahuahua.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 18, 2016

Resepi Mudah : Tomyam Campur

Bila orang bujang masak lepas tu bahan pun ada ala kadar. Kekdahnya masak macam ini jelah. Nasib baiklah aku dah beli siap daun limau purut. Serai je takde, tapi takpe itu tak jadi masalah.


Bahan-bahan :

1) Isi ayam dipotong kecil
2) 3 helai daun
3) Sedikit lobak
4) 3 ulas bawang putih
5) Sedikit batang saderi
6) Sebiji tomato
7) Sedikit garam
8) Air sebagai kuah
9) 1/2 sudu perisa tomyam ( ganti sebab serai takde )
10) Sedikit cendawan

Cara-cara :

1) Panaskan air. Masukkan semua bahan & tunggu masak. Lebih kurang 15-20 minit. Tengok ayam masak atau tidak.
2) Lebih sedap jika ditambahkan bahan lain seperti udang, sotong. Ikut selera masing-masing.





Paling mudah buat tomyam laaah. Ada orang suka letak sedikit santan. Ada yang letak sedikit minyak. Ikut koranglah janji ada rasa tomyam. Kadang beli kat kedai, isinya takde, "rumput" je banyak. Faham apa tu rumput? Tu haaa, serai dan daun bagai!!


Jadi, nak senang, masak sendiri. Maaflah ya, ini menu orang bujang. Jangan plak nak bandingkan dengan orang yang pro masak.


Yang berdiet atkins, tak payah bubuh perencah tomyam ok. Sedap juga tanpa itu!


Aku memang tak pandai masak? So?? Lalalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 05, 2015

Udon goreng berkuah cincai-cincai

Hari minggu lepas saja tangan gatal beli Udon di Econsave. Konon dah jemu makan kotiau. 1 pek RM 5. Rupanya dalam tu ada lagi 3 pek. Jadi, harga not bad.


Jadi dinner semalam aku masak Udon cincai-cincai. Versi orang bujang. Ehhh, sedap juga Udon ni. Maklumlah, pertama kali rasa! Hahahaha. Nak kata macam laksa bukan, laksa beras bukan. Tapi ada citarasa tersendiri.




Bagi pendapat aku sebagai peminat tegar kotiau, makan udon lagi cepat kenyang. Jadi, bolehlah beli lagi buat stok. Mehmehmeh.


Nak pelbagaikan versi masakan. Yelah, aku kan tak pandai masak =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 07, 2015

Masak char kotiau menggunakan pes yang dibeli

Kalau hari Sabtu aku masak nasi goreng kupang petai melimpah-limpah, hari Ahad aku buat char kotiau pula. Pes beli dari penjual online. Saja nak mencuba.


Lagipun kami agak kecewa sebab makan char kotiau yang kurang sedap & mahal. Tawar lak tu. Jadi, buat sendiri!




Setelah ikut step sepatutnya, inilah hasilnya. Tapi rasa tawar, aku tambah sos tiram. Miahahahaha! Pes tu aku beli RM 10 lebih kurang 250 ml aje. Baru setengah guna ( dapat 3 pinggan ). 


Lepas ini boleh buat lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 06, 2015

Nasi goreng kupang petai melimpah-limpah

Haritu aku belanja family makan di sebuah kedai. Aku & mak order nasi goreng kupang. Sebenarnya macam-macam sepatutnya campur. Bila sampai, frust sebab dia kata kupang habis, so dia gantikan dengan ayam & udang. Errrrm, frust aku nak oi!!


Jadi, hari minggu lepas, aku beli bahan utama untuk buat nasi goreng. Dah siap, bagi mak rasa, dia komen ok, ada rasa, Hahahaha! Seronok sangat sebab dia makan habis.




Bukan senang aku nak masak. Yelah aku tak pandai masak tapi sekurangnya ada juga inisiatif nak ke dapurkan?


Ada yang nak resepi ke?
Takyahlah kot. Campak-campak jadi. Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 10, 2015

Bekal bujang : Nasi Goreng Atkins

Mood ada, adalah benda aku masak. Kadang mood takde pun aku masak. Konon terapi nak abaikan masalah yang jadi buat sementara.


Okay, aku rindu masakan orang diet atkins. Memandangkan bahan dah ada, aku pun buat "nasi" goreng atkin. Lagi superb sebab letak petai. Fuhhhhh, krup krap gigit petai!




Inilah bekal orang bujang. Makan pagi merangkap tengahari. Senang.


Yang mana berdiet atkins, pastikan anda faham apa yang boleh makan atau tidak mengikut fasa masing-masing. Diet atkins tak ketat mana andai anda follow dengan cara betul.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 03, 2015

Nasi goreng telur masin

Hmmmm, aku tak pandai masak tapi aku ada inisiatif nak masak. Itupun kalau rajin. Maklumlah bujang, makan sendiri tak kisah sangat.




Ini menu makan malam beberapa minggu lalu. Tak pasti kenapa aku ambil gambar, Mungkin sebab tengok telur masin tersebut,


Inilah nasi goreng bodo ku namakan sebab masak cincai-cincai.


Makan dalam mangkuk. Perut sendiri, tak kisah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 23, 2015

RESEPI MUDAH : Spageti Aglio Olio

Ini pula menu kedua yang aku sediakan selepas mashed potato. Disebabkan bahan dah ada, terus laju buat. Konon rajin, hahaha!




Bahan-bahan :

1) 1/2 paket spageti direbus
2) 10 ekor udang
3) Sedikit minyak zaitun
4) 5 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
5) 2 sudu makan mentega
6) 2 helai cili kering ( dipotong kecil )
7) 4 biji tomato ceri kecil ( dipotong )
8) Sedikit lada hitam
9) Sedikit garam
10 ) Oregano, chili flakes
11) Sedikit cream for cooking ( pilihan )
12) Sedikit air


Cara-cara :

1) Rebus kulit udang dengan sedikit air ( boleh letak pati ayam sedikit )
2) Panaskan mentega dan goreng udang sebentar, Angkat dan ketepikan
3) Guna kuali yang sama, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih & cili kering. Kemudian masukkan air stok udang & cream
4) Masukkan spageti & bahan-bahan lain
5) Taburkan oregano & chili flakes


Sedia untuk dimakan. Boleh juga masukkan sosej atau bahan lain. Ikut tekak masing-masing.
Selamat mencuba resepi ringkas dari Yui =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 30, 2015

PARAS AIR UNTUK MASAK NASI/PULUT



Cara yang sehingga kini kita guna
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 03, 2015

CARA LIPAT SAMOSA


Senang sajakan?
Bolehlah rajinkan diri lepas ini
Ecececehhh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 18, 2015

Bekal orang bujang



Sejujurnya aku orang yang malas masak. Tambah duk rumah bujang, lagilahhh!


Oleh kerana idea takde, aku up gambar bekal ringkas ketika kerja.


Ayam grill & telur bayam
Letak sos sebagai perasa
Siap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^