tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, June 16, 2016

Resepi : Biskut Choc Chip

Biskut kedua yang aku buat selepas Semperit Nutella haruslah biskut kesukaan aku dan jeng jeng iaitu Choc Chip. Tahun sebelum ini aku dah bagi resepi , tapi takpe ini kita buat ikut resepi orang lain pulak.




Ini pula resepi Choc Chip versi tahun 2016



Untuk tahun 2016 versi lebih gelap dan rapuh
Hanya guna senduk 
=___=


Bahan-bahan dan cara-cara

Perlu guna cawan ajaib masing-masing ( ikut je sukatan cawan tu )
3/4 cawan butttercup
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Sedikit esen vanilla

Kacau semua bahan di atas guna senduk. Tak perlu mesin. Jimat elektrik. Hahaha
Masukkan 1 biji kuning telur ( tapi aku tak masukkan pun )

Bahan untuk diayak
2 cawan tepung gandum ( jenama ros )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Masukkan 1 cawan yang diayak ke dalam adunan tadi
Campur dengan 1 sb tepung beras ( sebagai ejen perangup ). Kalau ada emplek tak payah letak tepung beras, guna salah satu saja ya

Tambah 1sb serbuk koko
Tambah 1 cawan baki yang diayak tadi dan gaulkan hingga sebati

Masukkan chochip ikut suka banyak mana ( lagi banyak lagi sedap )
Masukkan badam flakes sebab lebih rangup ( tak perlu sangai )
Campurkan semua dan gaul hingga sebati

Masukkan dalam plastik dan ikat ketat doh tersebut
Letak dalam peti ais bahagian biasa selama 45 minit

Cubit manja sebab nanti akan mengembang
Jangan lupa sapu buttercup pada bekas baru letak doh yang dicubit manja tadi


Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'
Biarkan suam dulu baru susun masuk bekas


InshaaALLAH sedap dan rangup!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 dak comei sayang YUI:

Ain Athirah said...

Wahhh dulu masa sekolah perna buat masa nak raya. hehe. nice recipe !

Azlan Strider said...

kakak sy cukup suka tengok resepi2 orang buat kuih nie..nanti boleh forward link nie kat dia..hehehe

Regards,
-Strider-

EkaTikah said...

sedapnye kak. ishh, mcm nak buat tapi mcm takde masa ><

Nadia Johari said...

sedapnyaa...boleh try

SIQAHIQA said...

Sedapnya nampak! Siqah order dah choc chip. Biskut kegemaran cuma malas nak buat. Hehe