tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Wednesday, June 01, 2016

Menjadi tunangan orang

Alhamdulillah,
Satu-satunya adik perempuan aku dah selamat menjadi tunangan orang pada 21 Mei 2016 yang lalu. Tahniah Nurul Farzana.






Sedih sebab adik lelaki seorang lagi tak dapat balik 



Bersama mak & abah tersayang


Sebenarnya aku pantas update di Facebook. Lebih banyak gambar di FB. Saja selit sama dalam blog buat kenangan. Sekurangnya jadi backup. Ehhh !!


InshaaALLAH majlis pernikahan akan berlangsung bulan Januari 2017.


Bila berlangsungnya majlis mahupun sebelum majlis, aku dah terima pelbagai kata-kata. Takpe, hati sabar & kuat. Yang penting aku seronok tengok darah daging aku sendiri bahagia.


InshaaALLAH di usia 24 tahun akan menjadi isteri orang.


Doakan aku. Doakan kami =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 24, 2014

Majlis pertunangan sahabat baik, Ira

Alhamdulillah selesai lagi majlis pertunangan salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO, Ira. Majlis alhamdulillah meriah dan berjalan lancar. Sangat ohsem Ira!




5 orang itu adalah dayang-dayang pada majlis tersebut. Tak cukup seorang lagi sebab ada hal peribadi. Maka kami berlima sahaja yang ada.




Bab dayang kena pegang fresh flower tu semua kerja abang photographer. Tak memasal kena buat muka comel sambil pegang bunga. Muahaha!






Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi cukuplah bagi yang ini. Sama sahaja macam gambar di FB. Tepek kat blog sebab boleh pokpek lebih banyak.




Untuk buble talk itu dari Nurul Yui Collection. Kalau berminat nak order, boleh terus roger sana ya. 


Buat sahabatku Ira, tahniah sayang. Satu langkah telah berjalan lancar moga langkah seterusnya dipermudahkan. Far doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat baik Far ini. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 23, 2014

WW 10 [2014] - Dayang-dayang di majlis pertunangan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 26, 2014

Majlis pertunangan sahabat baik

Alhamdulillah salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO telah selamat menjadi tunangan orang pada hari Ahad 23/3/2014. Majlis berjalan lancar. 




Dalam gambar ada 5 orang belum terikat. No 4 dari kiri akan bertunang bulan hadapan. Yang bertunang bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini sama seperti no 7.


Tahniah sahabat. Moga menjadi tunangan yang baik & urusan seterusnya dipermudahkan.


Daku tumpang bahagia melihat kawan-kawan bahagia.


* Gambar banyak tapi up satu untuk tatapan blog




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 20, 2014

Guna perkhidmatan KTMB untuk ke Kuala Lumpur

Awal bulan lepas dah ke KL untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas sewaktu belajar di PUO. Minggu ini inshaaALLAH akan pergi lagi tapi kali ini untuk majlis pertunangan salah seorang sahabat baik.


Apa yang nak ditekankan dalam entry kali ini, jenis pengangkutan awam yang bakal digunakan. Kali ini nak guna KTMB. Mungkin train biasa atau ETS.


Kenapa tak naik bas? Sebab mak aku mula risau ditambahkan kejadian bas terbabas masuk dalam gaung. Jenis bas itu yang aku gunakan sewaktu aku pulang dari KL yang lalu. Jadi sebagai orang tua, dia risaukan anak sulung dia ini.


Maka aku sebagai seorang anak, terus bagitahu kali ini akan naik KTMB. InshaaALLAH dan moga buatkan hati seorang ibu lebih tenang.


Walau kita tahu kemalangan ada di mana-mana tapi lebih baik kita ikut kata hati orang tua kan? Yang aku pasti, dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Ok mak, Yui naik KTMB kali ini ok? Mak jangan risau. InshaALLAH takde apa-apa.


* Eceh, aku taip panjang-panjang, macam mak aku buka blog plak kan? Tapi sekurangnya aku dah sampaikan isi hati aku padanya. Macam pelik je? Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di rumah teman lama PUO

Aci tak kalau aku kata nak sambung entry raya + tunang dengan member-member? Hahaha. Sekarang mood baru ada. 


Hari kedua bersamaan Ahad 11/8/2013, kami sempat singgah di rumah rakan sepoli di Parit Buntar. Aton nama panggilan. Aton bertunang petang tersebut tapi sayang kami tak dapat tunggu. Harus segera pulang ke Ipoh.




Yang si kecil molek di tengah-tengah itu yang bertunang. Sorry aton, kami sempat singgah beraya sahaja. Selamat bertunang kami ucapkan. Nanti kahwin jangan lupa jemput naa. Rumah dah tahu =)


Malam tersebut aktiviti kami pergi funfair, makan di Dataran Ipoh dan i-city Ipoh. Nanti aku story okay.


Oh ya, sakan korang ea tengok aku terlampau "sopan" berkayak memakai baju kurung! Nak tengok gambar, entry { ini }.


* Banyak benda nak update dari kad raya, duit raya, raya raya dan raya. Ni haa GA bulanan belum start lagi. Ada cadangan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 13, 2013

[100813] Majlis pertunangan sahabat baik - Atiqah Rusyda

Berdasarkan entry { ini }, aku bersama 3 orang sahabat yang lain alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu Taiping.


Tujuan utama adalah untuk menghadirkan diri di majlis pertunangan sahabat baik kami sejak dari PUO. Kiranya dia orang pertama dalam geng kami yang bertunang. Tahniah beb! Gembira untuk hang.


- rakan sepoli -


Pertama kali aku dapat tengok cara orang bertunang. Yalah, sesi keluarga lelaki bersembang, memperkenalkan semua. Meriah dengan senyum ketawa. Seronok dengar.




Serious aku suka tengok baju dan mini pelamin. Sangat cantik! 




Okay, cukuplah 3 gambar ini. Yang penting ada gambar pasangan tunang. Tahniah sekali lagi buat Atiqah dan pasangannya Mail. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput ya.


* Abaikan gambar yang aku pegang "i'm next" itu okay. TIADA MAKNANYA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 10, 2013

Bergerak ke Taiping, Perak

InsyaALLAH jika tiada apa-apa aku dan rakan-rakanku dari KL akan bergerak ke Taiping. Menghadirkan diri di majlis pertunangan rakan baik, Atiqah Rusyda.


Moga semua urusan dipermudahkan. InsyaALLAH esok baru balik sebab nak spend time masa dengan rakan-rakan yang jarang sangat nak jumpa setelah tamat belajar.


Buat sahabat, selamat bertunang dan moga menjadi tunangan yang baik dan jangan lupa jemput untuk kenduri kahwin ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^