tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, December 11, 2012

Pokok Inai

Niat dihati konon rajin sangat nak tumbuk daun inai ini. Tumbuk punya tumbuk walau tak halus mana, terus tepek di kuku tangan kiri. Rasa macam tak besh sebab tak seperti biasa. Mungkin kerana kali pertama aku tumbuk sendiri. Nampak sangat kemalasannya.


- ambil banyak tapi tumbuk sikit aje -


Tengok kuku tak berapa cantik warnanya. Apa lagi, cari inai yang dalam tiub, tepek terus kat kuku. Habis cerita. Lalala.


Kesimpulannya, aku guna inai tiub saja. Inai yang ku tumbuk, buang terus. Tenaga takde nak tumbuk lama-lama. Alasan! Hahaha.


# Entah kenapa gedik nak pakai pon tak tahu. Oh ya, tau macam mana nak bagi hilang segera?


Update : Guna lesung batu sebab takde batu giling




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

27 dak comei sayang YUI:

Anum said...

inai semulajadi lagi cantik

ecadwinkyasha said...

inai tiub tu kejap je...guna sabun cuci kain....

#ne yang nak juga berinai..nak g cri inai...ahad ne anak sedara kahwin.kita nak bergaya lebih pulak :P

- AZIE - said...

kalo kat umah akak, diorg giling inai nie..halus je jadinya...cantik..masa akak kahwin dulu pun, diorg sgup giling, memg cantik..

Cho Zila said...

dah lama tak menumbuk inai.. dulu kakak sepupu akak rajin menggilingnyer...

AnneRaini said...

hahaha ngelat ye..

cer gosok dgn limau...dulu2 masa kecik bila cikgu marah pakai inai, kenalah gosok dgn limau utk hilangkan cepat.

Unknown said...

jijah dulu pakai inai tiub jer mudah dan cepat tapi sebenarnya inai semulajadi lagi menarik warnanya..

Miss N™ said...

laaa..kenapa dibuang..sayang je..
nur pun pakai inai tiub ni..

inai daun, aromanya wangiiii...!

Mrs Velentine said...

MV kawen dulu pakai inai tumbuk

nanieydotcom said...

HEHE.. Tiub lagi cepat.. Cume inai daun lagi tahan lame.. Nani pakai yg tiub masa raya haji ari tu still xtanggal lagi.. means tiub pun not bad jgk..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Bole blend shj..cmpur dgn inai srrbuk...bubuh air rendamn assm gelugur or blend skli dgn asm gelugur...if tumbuk mcm tu shj...kna byk..org x tumbuk la...org gna batu giling...tumbuk gna lesung batu x prna dgr or nmpk..if ur blend bubuh air ckitt...ms nak pkai tapis air tu buang ckit2...jgb la bg smpi kering sgt...

Deq's Qienz said...

skli skala trigin nk pakai..bila lama² busan nk buang pulak ek..tp paki inai yg tiub tuh xlama pon tahannya..main sabun sllu ilang la dia,

miss yatie said...

inai yg kita tumbuk lagi cantik dan tahan lamakan?

EkaTikah said...

huuh, baca entri nie tetibe terase nak pakai inai.. lama dah kot tak pakai..hee :))

IntaNBerliaN said...

kak ina plak mmg jenis sk pakai inai.. lg merah lg suka.. hihi

Nadia Johari said...

jgn malas..nnt mak mertua suh tumbuk sesuatu mcm mn..hehehe..inai pokok lg pekat dan tahan lama...

Azhafizah MN said...

dulu suka pakai inai buat sendiri.tambah air teh la bagai..hasilnya cantik je..maybe kena tambah ape yang patut lagi kot yui..khasiat dari daun original lebih bagus ^_^

Mimie said...

akak pakai time khwin dulu

putry said...

dulu pon selalu buat camni . tapi tambah air asam sikit la bagi warna inai ny pekat . pakai inai semulajadi niy lg bagus , bole rawat kuku sekali . hehe

najihahfara said...

sy pun suka pakai inai. Inai dari pokok especially. Tahann lama :)

a.R said...

best tu yui inai giling....

kalo dapat bny lagi.....pki bny2...wangi bau dia..hhihihi...suka sgt bau inai daun nih.......ada feeling2 kampung je .....huhu

Shida Radzuan said...

sama la shida pun guna lesung batu jer heheee ^_^

Juliet_iRa~" said...

nape x blend je guna blender?hii

sbb kte sll blend haha

licha said...

dulu pakai inai kat kuku kaki.. sje je nk pakai.. tapi lmbat gila nk hilang, so pergi kelas pakai flats

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

inai tiub tu xtahan..akak lg suka pakai inai pokok yg digiling...tahan lama..masa kawin dulu opah akak giling sendiri inai utk akak hehe..inai yg digiling ni lagi halus kan

ayut said...

suke lg bau inai tumbuk tu..hihihi..tp mmg jenuh la nk membuat yer :)

hnahdy said...

lesung batu susah sikit kan..hana xpernah giling pun. tok yang buatkan. kalau hana giling xhancur.hehe..

p/s : hana suka pakai inai..

are_lin@yu said...

ayu pn gna inai tiub skrg.hehe