tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, August 28, 2013

KakiWayang : The Conjuring

Minggu lepas aku berkesempatan tengok wayang dengan adik aku. Punya nak sangat tengok cerita The Conjuring. Beli tiket pun dah lambat maka dengan hampa dapat kerusi dua dari hadapan. Tengok jam 9.00 malam.





Aku review sikitlah ya. Nak penuh kena tengok sendiri. Hahaha. Bab nama memang aku tak ingat tapi izinkan aku cerita secara ringkas.


The Conjuring adalah berdasarkan KISAH SEBENAR. Kisah sebuah keluarga yang berpindah ke rumah lain dan bagiku rumah itu agak "suram" dan jauh dari kawasan orang. 


Satu persatu kejadian pelik berlaku. Dimulakan dengan kematian anjing kesayangan mereka sewaktu hari pertama duduk di rumah itu. Terjadi pada si isteri dan anak-anaknya. Paling teruk jadi pada si isteri! Kesan lebam dan kejadian rasukan dalam dirinya.




Terdapat pasangan suami isteri yang kerjanya mengesan,menghalau dan "membersihkan" hantu. Maka mereka berdua ini yang tolong pasangan keluarga tadi.




Macam-macam yang berlaku sepanjang usaha mereka untuk mengetahui apa yang hantu-hantu itu inginkan. Nak tahu akhirnya? Kena tengok sendiri dan lebih puas hati.


Bagi aku, 20 minit terakhir ada unsur seram. Permulaan just ada buat kejutan tapi ramai gelak-gelak termasuk aku. Nak kata seram sangat tidak juga. Bolehlah =)


Aku bagi 4/5 bintang. 


Selamat menonton bagi yang belum tonton





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

31 dak comei sayang YUI:

:: CIKVIVA :: said...

Ramai yg review filem ni seramm giler..tulah bg sy cite omputed ni tak de la seseram & sesaspen cite hantu thailand..hehe

Anum said...

betul2
dekat2 last baru ada rasa seram skit
anum rate filem nie 3/5

safurara said...

uuiisshhh yeke.tp dorg kata seram gila.mcm nk mati seramnya.hehehe.yui boleh relaxxx je.ahcaner ni.

Hazmin Hamudin said...

Tak tengokpun lagi. Nanti la download je tengok dekat rumah. Haha

beta kupu said...

tu la Yui nak gak tgk tp tgk trailer pun dah seram...hihi tp ni citer betul kan?!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak xtgk lg tp tgk ramai review kata seram ada jg review kata buhsan hihi

Unknown said...

seram masa kena rasuk je..hee..

lizz said...

nengok poster tu pun dah seram...
saya kalo citer seram gini..takut sikit nak nengok...gambo last tu siap ader kaki terjulur tu takuit..

Unknown said...

bg sy xbest la...tah hape2...hantu omputih plg seram setakat ni Mama. haaaa

Cik Itah said...

wahh...macam seronok je story dia..rasa nak tengok jugak ..

Mimie said...

bab bab citer hantu akak memg xlyn..takut...

cydayf said...

kalau kte, sure tak tengok.. poster tu pun tgk dah seram.. alahai,

Unknown said...

Teringin nak tengok..tp tak best tengok sorg2..kalau ajak asben anak nk tinggal kat mana..bila la bleh tengok cite nie...

Myra Jay said...

Sikitnyer Yui punya review, baru semngat nak baca ;)
Akak ni dah le bkn jenis layan movie..hehee :)

Ramai ckp citer ni seram ;D

ct kektus said...

seram jugak cite ni. terkejut2 tu lg lah banyak. xpasal2 terjerit. hihiii

Cik Rose said...

cerita seram?.. emm memang tak tengokla jawabnya..

Unknown said...

kalau yui xceta ni memang nana xtaupun ceta pasai apa,heee....xbminat nengok ceta omputeh:)

Nina Mads said...

tak tgk lg.. ramai kwn cakap tak berani nak gi tandas malam2. huhu

AnneRaini said...

akak dah lama xtgk citer seram..citer kelakar seram pun xtgk..teruk no penakutnye sejak dah besar ni..hahah

Cikrosecute said...

tak seram ke yui...ramai blogger up-entry kata seram...tak sabar nak tgk..

Unknown said...

tak dapat la nak tengok wayang bila dah sarat2 macam ni.huu

Unknown said...

Tgk secara online je.. Tak seram mana pun ;D hehe

J.Syazwana said...

tak berani nak tengok sebab org provok2 cakap seram gilerrrrrr

Azhafizah MN said...

kalau ade mase nak tgk jugak :)

Miss N™ said...

ada org cabar nur tgk cerita ni, tapi belum berkesempatan..huhuhu..

takut gak sebenarnya...

Unknown said...

serammm jugak eh.. nk tgk la..hari tu tgk paku pontianak x best langsung.. member la nak sgt tgk, sbb akak dia kata best.. last2 hampehh.. pas tu dia nk ganti rugi blk, dia nk belanje tgk adnan sempit 3 pulak.. tp x dan dah sbb dah mlm..hihi..kami bakal tuntut ganti rugi tu lain hari..hahahaha.. ;p

are_lin@yu said...

kna dload nti ni rmai ckp bez.hehe

wawa syaida said...

betol...kalau nak cakap sangat2 seram tu...tak la sangat kan...tapi ramai yg cakap seram...masing2 punya feel kan :)

ayut said...

4/5...mcm best je ni...

ecadwinkyasha said...

nak tgk tpi xde geng...tpi skrg mcm byk je ceta hantu kan?

Anonymous said...

belum tngk lg ni wyng,Yui...masa di tyngkan di pawagam nak tngk,tp...tak de masa pulak..