tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label puAsa N rAyer. Show all posts
Showing posts with label puAsa N rAyer. Show all posts

Wednesday, July 08, 2015

Kenangan Ramadhan : Sambil ambil wuduk sambil telan air

Kenangan-kenangan yang aku coretkan di sini kebanyakan ketika zaman aku budak-budak atau masih di sekolah rendah. Kenangan zaman comot. Hoho.


Masih aku ingat,
Waktu petang sekolah agama rakyat. Masuk waktu Asar, semua akan ambil wuduk. Ada geng aku yang akan "support" satu sama lain untuk cover ambil wuduk.


Motif cover?
Sebab sambil ambil air sembahyang, sambil telan air. Padahal sikit je air yang ditelan. Orang kata buat lepas hilang dahaga. Hasilnya, dah terbatal puasa! Tapi bukan kerap lah buat perangai macam ini. Boleh dikira dengan jari. Ada masanya mood jahat itu datang!


Bila besar dan ingat kembali, macam-macam peel aku ketika budak.
Ragam tu tak pernah hilang. Alasan memang banyak. Tahu nak seronok aje.


Sebab itu sekarang dah besar, aku suka untuk puasa sunat Isnin & Khamis.
Semoga ALLAH ampunkan aku sebab aku memang jahil dulu. Sekarang pun masih cuba untuk memperbaiki & tingkatkan ibadah untuk diri sendiri.


Apa lagi ya kenangan ramadhan yang aku ingin coretkan.
Okay, pelan-pelan fikir =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 18, 2015

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Maaf, maaf sebab ingatkan kelmarin saja nak cuti rupanya terlajak semalam pun cuti sekali.
Cuti tambahan sempena kurang sihat.


Satu hari semalam tak makan, malam baru keluar dengan member rumah, lagi lancar terus order nasi goreng daging pedas & tomyam poktek.


Hasilnya?
Malam tak tidur lena, perut rasa memusing.


Sahur pertama di bulan Ramadhan
Hanyalah sedikit susu. Lepas itu memerut saja kerja aku sampai 3-4 kali!


Kesimpulannya, kalau sehari tak makan, jangan mengada nak terus makan pedas yui oii!
Inilah hazabnya. Huhu.


BUAT PEMBACA BLOG CORAT CORET NUSHA
YANG BERAGAMA ISLAM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 03, 2014

Ramadhan 1435H (5) - Bahagia orang berpuasa



Syukur alhamdulillah



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 02, 2014

Ramadhan 1435H (4) - Tiada makanan tiada minuman



Antara yang WAJIB elak




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 01, 2014

Ramadhan 1435H (3) - Selamat Berbuka Puasa



Makan minum biar berpada-pada
Jangan sampai berlaku pembaziran
=___=


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 1435H (2) - Niat puasa harian & sebulan Ramadhan

Jangan lupa berniat untuk berpuasa
=__=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan buat pembaca blog Corat Coret Nusha

Alhamdulillah semalam sempat menunaikan solat tarawikh. Hari ini seluruh umat Islam mula menunaikan ibadah puasa yang dinantikan di bulan Ramadhan.


Sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, didoakan segala urusan & ibadah yang kita jalankan bersama dipermudahkan ALLAH. Moga semua dalam keadaan baik. Moga kita terhindar dari perkara tidak sepatutnya.


Mohon maaf andai ada kesilapan terutama ketika berblog. Ampun maaf dipinta.


Salam Ramadhan & selamat berpuasa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 12, 2013

Mood bekerja dalam suasana raya

Hari ini dah masuk kerja. Rabu & Khamis cuti semula. Saja suka-suka. Banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi kena ambil mood satu persatu dulu.


Secara ringkas terlebih dahulu aku nak ucapkan

1) Tahniah kepada 4 orang kawan semasa di PUO kerana selamat menjadi tunangan orang

2) Selamat hari lahir buat adik lelaki yang ke-17

3) Semoga perjalanan balik ke Kuala Lumpur buat kawan-kawanku selamat

4) Selamat Hari Raya kepada semua

5) Selamat bekerja kepada semua termasuk aku

6) Terima kasih untuk kad-kad raya dari para blogger


Semua cerita InsyaALLAH akan berupdate. Satu persatu bakal menyusul. Sekarang ambil mood untuk terjah dan transfer gambar.


* Daku "tension" dengan sesetengah kata-kata orang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari Yui

Di kesempatan ini, daku selaku owner blog Corat Coret Nusha ingin mengucapkan khasnya untuk pembaca blog termasuk silent reader dan umumnya kepada seluruh umat Islam di Malaysia & seluruh dunia dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Mohon maaf untuk segala kesilapan yang ada
Samada sengaja atau tidak sengaja


Berhati-hati kepada mereka yang memandu untuk pulang ke kampung. Jalan raya semakin sesak, sikap pemandu juga tidak dapat dijangka. Ada yang pentingkan diri sendiri sahaja.


Kepada yang bercuti lama, selamat bercuti.


Jemput datang beraya di rumah tapi bagitahu terlebih dahulu samada telefon atau mesej takut daku tiada pula di rumah. Jaga diri baik-baik dan insyaALLAH panjang umur kita akan "bertemu" lagi walau hanya di alam maya.


ENTRY MELEKAT HINGGA 11/8/2013
ENTRY BARU SCROLL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 07, 2013

Duit Raya untuk mereka

Sejak dah bekerja, tibanya hari raya memang aku dah get ready sampul raya. Tinggal nak letak duit or tidak sahaja. Hahaha.


Niat untuk bersedekah. Ada duit lebih apa salahnya. InsyaALLAH jika kita buat baik, baik juga balasannya. 


Duit raya tahun ini diberi pada sepupu sepapat, anak saudara & saudara yang berusia di bawah 18 tahun sahaja. Lebih dari itu, tak perlu bagi. Dah pandai berdikari. Eceh!


* Macam biasa, sampul raya yang digunakan adalah ihsan dari company sendiri. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 06, 2013

Cuti hari raya aidilfitri 2013

Tahun ini aku tidak ambil cuti sebelum hari raya macam tahun lepas. Semua staff sama. Masih kerja pada hari Rabu. 


Bukan apa, alhamdulillah tahun ini hari raya insyaALLAH jatuh pada hari Khamis. Maka terus direct cuti dari Khamis hingga Ahad.


Bila pula aku ambil cuti raya? 14/8/2013-15/8/2013. 2 hari sahaja. Sebab hari yang lain member-member lain bercuti. Haruslah bergilir-gilir.


Korang pasti cuti lamakan? Mesti sunyi sepi blog. Muahahaha. Takpe, nanti kita memeriahkan lagi setelah mood bekerja mari ya.


Esok aku half day!
Suka sangat
=__=







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 04, 2013

Kad-kad raya selamat sampai

Balik Sg Siput kelmarin, tengok beberapa keping sampul bertulis namaku. Dalam hati riang gembira sebab pasti itu semua datangnya dari blogger-blogger.


Gambar nanti aku update. Malas nak cari kabel untuk transfer.


Terima kasih kepada mereka yang sudi kirimkan kad padaku. Suka sangat-sangat.


Hanya ALLAH sahaja balas budi kalian.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 01, 2013

Misi mencari persiapan raya

Hari ini, Khamis bersamaan 1 Ogos 2013 aku AL lagi. Dia ajak jumpa. Jika tak salah untuk persiapan raya macam sebelum ini.


Sehingga tarikh hari ini, JUJUR tiada satu persiapan untuk diri sendiri. Aku tak pasti kenapa perasaan teruja itu tiada seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Yang pasti, aku nak keluarga aku yang lain seronok. Cukup sekadar persiapan mereka lengkap walau tak semewah mana. 


InsyaALLAH jika jadi kami bertemu hari ini dan membeli apa yang patut di Ipoh. Moga dipermudahkan urusan kami berdua. Amiiin.


* Esok aku jejakbalas ya 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 30, 2013

Lagu raya menjadi pilihan anda

Mood beraya dah ada walau agak sedih ramadhan bakal meninggalkan kita. Lagu yang berkumandang pun kebanyakannya lagu raya. Eksited mak jemah tau!


Memandangkan dalam hp belum ada lagu raya yang ku upload, mohon cadangan lagu apa yang best. Nanti boleh tukar ringtone. Hahaha.


1) Nazam lebaran-  Siti Nurhaliza
2) Balik kampung - Sudirman
3) Selamat Hari Raya - Saloma


Lagi? Cer komen bagitahu lagu apa dan nyanyian siapa yang korang rasa best. Aku nak download.


Lagu terkini aku tak minat macam lagu dari Bunkface if tak salah. Tak kena dengan selera telinga aku. Huhu. Maaf ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 28, 2013

Juadah kegemaran semasa berbuka puasa

Entry kali ini tiada letak gambar. Tunggu hari biasa baru aku rajin cari gambar. Hihi. Oklah, aku nak share antara menu kegemaran aku ketika berbuka puasa.


1) Murtabak
2) Ayam percik
3) Nasi kerabu
4) Kuih-muih
5) Air berwarna - suka sebab tengok warna-warni


Aku share sikit ja ni. Nanti continue di entry akan datang.


Eh korang punya kegemaran apa pula? Janganlah cakap yang masak sendiri. Bagitahu yang korang beli tu. Huhu.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 23, 2013

GA Julai 2013 Nurul Yui - Kad Hari Raya 2013

GA kali ini nak bagi kad raya sebagai kenangan dari owner blog. Bukan kad raya special ada muka aku tapi cukuplah korang dapat tandatangan special dari Nurul Yui. Wakakakaka!


 Macam mana nak dapatkan kad raya 2013 Nurul Yui?
Follow step berikut

1) Hanya perlu komen di entry ini
Saya nak kad hari raya 2013 dari Nurul Yui

2) 10 orang akan terpilih menggunakan khidmat random

3) Tamat jam 9.00 malam 23 Julai 2013


Mudahkan? Yang terpilih insyaALLAH akan diumumkan pada 24 Julai 2013. Jadi haruslah lebih peka ketika pengumuman dibuat sebab aku nak detail yang terpilih secepat mungkin supaya kad raya cepat sampai.


Selamat memberi komen di entry ini. 


Oh ya, kepada yang ada kirim kad raya pada aku, aku mohon kalian berikan detail kalian untuk daku balas sebagai tanda terima kasih =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 15, 2013

Cara bersahur ketika berpuasa

Memandangkan sekarang mood berpuasa, maka haruslah banyak entry berkenaan puasa. Korang tak kisahkan? 


Macam mana cara korang bersahur? Takpe aku bagitahu cara aku dulu ya. Tapi sila jangan gelak bila dapat tahu cara aku dan kenapa aku bersahur macam itu.


1) Makan apa sahaja kecuali nasi dan pelbagai jenis mee
Kenapa aku tak boleh bersahur dengan nasi? Sebab nanti perut aku cepat berkeroncong. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.


2) Minum dengan kuantiti yang sedikit
Ala kadar macam sekotak air pun sudah memadai. Kalau lebih nanti kerap pula pergi toilet. 


Jadi, sahur aku cara mudah. Paling ringkas makan kurma. Paling berat makan kentang goreng tak pun seketul kuih. Cukup sehingga berbuka.


Korang pula bersahur macam mana? Mak aku WAJIB ada nasi. Katanya takde nasi nanti dia tak boleh buat kerja. Hihi.


* Time bersahur sikit tapi time berbuka nauzubillah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 13, 2013

Bazar ramadhan yang best area Ipoh

Memandangkan aku bermastautin di Ipoh hari biasa jadi nak kongsi antara bazar ramadhan yang best di Ipoh, Perak. Bagi aku best tapi tak tahulah bagi orang lain =)


1) Stadium Ipoh Perak

2) Medan Gopeng Ipoh

3) Greentownmall Ipoh

4) Taman Desa Aman, Pengkalan


Untuk mendapatkan nasi kerabu terbaik dari kelantan { entry dan gambar }, korang boleh pergi di bazar Taman Desa Aman. Harga memang terbaik!


Untuk dapatkan pelbagai kerabu piurrrr dari Thailand, korang boleh pergi ke Greentownmall. Ada pasangan suami isteri berniaga di situ.


Ayam percik, ikan bakar dan lain-lain boleh survey di mana-mana bazar. Memang ramai berniaga.


Oh ya, ingat! Jangan sampai membazir beli macam-macam padahal tak habis makan. Kawal nafsu, kawal duit anda. Ingatan untuk diri sendiri juga.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 12, 2013

Bolehkah entry makan minum semasa berpuasa?

Entry ini aku saja up memandangkan sebelum ini kebanyakan entry aku mengenai makan minum. Tak kisahlah singgah makan, saja membeli, saja mencuba. 


Maka......


Oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, bulan berpuasa, agaknya takpe tak up entry tunjuk makan minum semasa masih waktu berpuasa? 


Bukan apa. Kot-kotlah ada yang nasihat janganke, tak elokke, tak sesuaike. 


Jadi taknak buat orang terliur plak. Tapi kalau iman kuat, hati kental insyaALLAH takde apa-apakan? Hihi.


Bukan apa, aku macam gian nak kongsi resepi mudah yang dok ada ni. Haha!


Boleh ke tak boleh kawan-kawan?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 11, 2013

Jubah atau peplum untuk raya 2013?

Kalau masih ingat sebelum ini aku ada update nak buat peplum untuk hari raya { entry }. Masalahnya sampai sekarang aku tak beli kain untuk tempah. Tukang jahit pun aku tak bagitahu lagi. Adakah masih menerima tempahan?


Sebenarnya aku berbelah bahagi. Sebab aku dah lama teringin nak pakai jubah. Last aku pakai jubah time kenduri tahun lepas. Itupun pakai pergi kenduri kahwin. Lepas itu nan hado.


Aku teringin nak buat jubah simple macam ini.





Kalau boleh tangan yang ada butang. Memang nak warna ala-ala macam ini sebab tema tahun ini warna lebih kurang macam ini. Abah dan adik-adik lelaki dah tempah baju melayu.




Lepas itu nak pakai tudung warna shock pink. Macam gambar pasangan pengantin ini. Nampak berseri je tengok mereka.


Agaknya macam mana? Nak tempah atau beli siap? Aku macam takde mood nak mencari baju raya. Tak tahulah kenapa.


Agaknya tahun ke 5 ini Shafiq nak belikan lagi baju raya tak macam sebelum ini? Okay berangan lagi. Kalau dapat, rezeki itu. Hihi. Boleh minta jubah hitam.


* Gambar dari google image ya





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^