tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 21, 2012

REVIEW : Jujur Aku Dayus [2012]

Pernah dengan tajuk tu?? tak pernah?? kesian sikitla Hikhik.. citer besh tu hari Sabtu lepas kat tb 3.. Seperti yang ak pernah janjikan pada orang tertentu ak nak review sikitla pasal citer ni..  Jadi, ini sekadar entry pendapat peribadi ak sebagai PENONTON.. Harap maklum.


1) Menimbulkan unsur tanda tanya

Kenapa?? Yela, selepas kemalangan aje, Edree berubah tingkah lakunya.. Tak mesra seperti sebelum itu bersama isterinya Lisa  [ Nora Danish ] .. Walau si isteri mendesak, bertanya apa salahnya, tetap si laki diam kan diri.. 


2) Membuat rasa geram bila ada yang dianggap "perampas"

Lakonan Irma Hasmie, membuatkan syak dia sebagai perempuan kedua dalam hidup Edree. Ditambahkan lagi apabila didapati mengandung tanpa kita tahu sebenarnya suaminya telah meninggal dunia.. Merupakan bekas tunang Edree dan teman terbaiknya ketika berada di rumah kebajikan.


3) Penyabar

Kehadiran kakak Lisa membuatkan suasana menjadi tenang.. Menjadi penasihat terbaik di saat adiknya menghadapi masalah rumah tangga. Cuba membantu sedaya upaya sehingga mendapatkan kisah sebenar hubungan antara adik iparnya dengan Irma.


4) Penyayang

Ayah Lisa sememangnya sangat menyayangi anak-anaknya ditambah pula setelah kehilangan isteri tersayang. Jadi, dia mahukan insan terbaik untuk menjadi pembimbing anaknya. Jadi, Edree lah orang itu.


5) Pendendam

Bekas kekasih Lisa yang telah menganiaya Lisa sehingga suaminya berprasangka buruk! Telah merogol Lisa tapi pada pandangan mata Edree mereka bersekedudukan bersama ketikanya tiada. Sungguh jahat! Bengang kerana Lisa putus dengannya semata-mata kerana ingin mengahwini Edree..


6) Bertindak terburu-buru

Ini bagiku terjadi apabila Edree melafazkan talak satu pada Lisa di hadapan bapa mertuanya. Tanpa asal usul periksa perkara sebenar yang terjadi pada Lisa. Selepas itu, baru Lisa terangkan kejadian sebenarnya membuatkan Edree berasa kesal.


7) Keluar tanpa izin suami

Lisa turut bersalah kerana keluar tanpa izin / pengetahuan suaminya untuk berjumpa bekas kekasih. Mungkin selepas dipujuk rayu. Oleh sebab itu, hal "buruk" terjadi pada Lisa iaitu dirogol! Ingat, jangan keluar dengan sembarangan orang lebih-lebih lagi jika sudah bersuami! Taknak timbul syakwasangka.


8) Memberi peluang kedua

Setelah masing-masing menyesali perbuatan mereka, akhirnya mereka bersatu kembali menjadi pasangan suami isteri yang sah buat kali kedua. Sungguh romantik!! Ak tak berapa ingat ayat yang Lisa cakap pada suaminya tapi sweet okies..


Aduhh.. cukup 8 point utama ak kaborkan.. yang lain kome lak la tambah kat ruang komen itupon lau ada yang komen!  Dan ak pasti, yang menonton citer ini sampai akhir episod BERPUAS HATI . Citer melayu yang memberi makna mendalam pada para penonton..




Itu sahaja dariku.. Lau ada lagi cerita lain yang besh, akan ak kongsikan bersama ya.. terima kasih kepada yang membaca sampai habis ^__^



 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

39 dak comei sayang YUI:

Anum said...

terbaik nie

Azhafizah[フィザ] said...

suka cerita ni.banyak pengajaran ^^

AnneRaini said...

dah lama giler tak tgk cerekarama...

laskar pelangi said...

Pelangi tgk drama ni. sebakkkk woh tengok drama ni. Macam2 aksi yg tak terjangka kan..Mmg sebelum tau kisah sebenar kenapa si suami lisa tu ceraikan dia.byk jer persoalan..knape dan knape..Hihihi:)
tak sangka cerita melayu camni sekarang..:)
mmg terbaik lahhhh~~

Masz Sidek said...

huhuhuu.. sy tak sempat tengok.... mlm tu ada meeting antara ahli keluarga sbb kazen sy nak kawin...

IntaNBerliaN said...

akak xtgk.. rugi betullah..

p/s : yui ni tinggal pun dkt ipoh la ek..? kat bandar ipoh ke

Tihara said...

wahh ada point lagi review ni tp sayang tk sempat tgk hari tu ..nt nk try cari, nk tgk gak :)

Miss Nadya said...

Bagusnyer dear..:)

Rafflesia™ said...

syieda xtengok lagi ni.. @_@ nak tengok la lik jap lg sambil kemas umah...

nanakimie said...

ala,xbekesmpatan nk ngk..huhu...nana sibuk ngemas barang masa tu..

jalan cerita dia mcm best,suka nora danish berlakon ^-^

eMMe said...

ohh best ekk..rugi la akak tak tengok..youtube ade tak cite ni? berkobar2 nak tgk ni..huhuhu..

sailaaf said...

hahaha.da macam KOMSAS lak. kena bgtau nilai2 murni dalam cerita. hehehe..

J.Syazwana said...

first time tengok cerita melayu tanpa komen lebih2. hehehe

Gadis Bertudung Merah said...

lis cakap at ed mase ed melamar lis...

"sayang bukan suami kedua tok lis kerna lis x prnh berhenti menjadi isteri sayang... "


Ika siap download lagi...

hajarus said...

best cite ni.... :)

Nisa Greennnpanda said...

pas bc review yui nie.. rs rugi lak xtgk crite nie sabtu lpas, huhu~.. T_T

nk tgk, nk tgk!!!

fieda said...

mmg rugi sape tak tgk cite ni sbb cite ni lain dari yg lain..

cinta siswi said...

xtgk pun.. rugi3,,,

echa_winkwink.blogspot.com said...

tak sempat nak tengok..ada kerja sikit hari tu.. ;-(

IntaNBerliaN said...

maksud yui.. bila hujung mggu je yui akn balik sg siput.. umah parent ek??..

wah, dkt je lah dgn umah parent akak..hihii.. akak duk kat chemor.. tp dekat seri desa tanah hitam... hehhe

sg siput dkt mana yer?

IntaNBerliaN said...

ooo dkt situ ke... akak tau tmpt tu..hihi

lnkali kalu akak ada balik sana.. blh jumpe..hihii

Aishah Jahirah said...

akak smpt tengok cite ni masa dah tgh2....memang menarik jalan cerita dia...buat org tertanya2 je...yg penting pengajarannya...

IntaNBerliaN said...

okay.. :-)

Munnafendy said...

sukeeeeee sgt cite ni! mmg ending yg tak disangka2 =)

cikwahidaidris said...

terlupa nak tengok hari tu. huhu

Ira Nur said...

waaaa,mcm best jerk..
ira x tgk sbb pi krsus !
agk2 kt youtube ade x ek ? heee~

Si BuDaK KaChAk said...

aritu tgk kejap je...bz la...huhuh

p/s : berminat ke dgn jam tu??cepat sementara stok masih ada...

Noraim said...

ok xtgk lg cerita ni dan mesti tgk sbb semua org ckp best. huhu.

faridah nazurah said...

cerita ni best sangat2.. mula2 ingatkan si edree tu ada perempuan lain.. rupanya lain pulok..

biela bell said...

bell tengok gak cter nie ekcelli..memang tanda tanya betul cter nie, kenapa tiba2 suami dia berubah lepas eksiden..igt kan dah mati pucuk..hua3x..adoii..

MaYa MustWany said...

mmg ramai ckp best tapi mas xtgk..elak dari tgk mlm tuh.hahahah

Cik Azizah said...

tak tgk pon..tapi yui dah review boleh la tahu sikit2..hee

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam yui..k.atie xnegok pon..HB tgk channel bola kat ASTRO.

dyabunga said...

tak sempat nk tengok citer tu sabtu lepas..:(

nadia said...

nadia pon tengok cite ni hari tu.
best kan. banyak betul pengajaran. betapa tabahnya hari seorang suami.
sadissssss :')

yang, header buat sendiri ke?
dah lama berkenan sebenarnya. kalau ada buat service design header, email nadia pleaseeee
nadiafarahida@gmail.com

Amirah Adnan said...

terlepas tgk cite neh.. tp rase mcm best pulak bace review neh..

NOOR FATIN said...

besr cite ni. hahah. mula2 tu rasa sakit ati sgt. emo je semua org tgk cite ni. haha

cik ika said...

baru download cite ni..jap g nk tgk..hehehe..ta ley bce review akk ni..

aTy _faRed~ said...

akak dah lame tak tengok srama since mengandung..tapi macamane tah ley tetengok ceriter ni..memang besh walaupon awal2 sakit hati..siap kiteorang lak gaduh laki bini..huhu...bagi akak-apepon..komunikasi tu penting dalam sesebuah hubungan...:)