tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, February 16, 2015

Kucing ketujuh dimandulkan : Muna

Muna asalnya dari UUM. Adik aku bawa balik ketika dia masih kecil. Kesian katanya. Bila dah makin besar, aku terus minta dimandulkan. Kenapa? Aku taknak pembiakan lebih banyak sebab dalam rumah dah ada lebih 30 ekor.



Muna adalah kucing jantan ketiga neuter pada 5/2/2015.
Kucing jantan pertama [ Shinchan ]
Kucing jantan kedua [ Kaka ]


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) hanya RM 40


Sekarang Muna semakin aktif. Seronok tengok mereka sihat. Alhamdulillah.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Alhamdulillah setakat ini dah 7 ekor kucing dewasa aku mandulkan. 3 ekor jantan dan 4 ekor betina. Lega sangat dapat buat walau secara perlahan-lahan. Akan aku usaha lagi untuk cari kos demi kebajikan mereka.


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Anum said...

assalamualaikum
singgah pagi

EkaTikah said...

30 ekor kak? :O :O :O
banyaknyaaa. hehe. mulia hati akak, jaga mereka semua ^^

Anum Abdullah said...

nak juga buat untuk mandulkan kucing di rumah,tapi ndak berani sebab anak2 kucing di rumah puun byk sdh..

Azhafizah MN said...

moga ada rezeki untuk yang seterusnya

AnneRaini said...

nama muna igtkan kucing girl..hehe

nur anis said...

hai muna..:)

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam...

saya baru tau kalau kucing nak dimandulkan dia kena dipuasakan 8-10 jam... sebab lepas ni saya akan mandulkan kedua2 ekor kucing saya tu

Unknown said...

laaa ingatkan muna tu betina..hehee

Ann Ishak said...

comel muna

lynndamya said...

Salam, hadoi bile lah sy nak mandulkan kucing sy, Manap kat rumah tu ye...susah benau nak jumpe beliau, asyiklah keluar merayap dan balik time nak makan je, bila kurung mengeow mcm kita nak cederakan dia..haih~

Anonymous said...

salam boleh tak saya dapatkan alamat tempat awak neuter kucing2 awak ?