Rabu lepas aku balik SS. Time maghrib, sempat belai kejap eton macam biasa. Dia pun dah awal-awal buang air besar sebab nak tidur sekali dengan aku dalam bilik. Dalam pukul 8 malam, sepupu aku datang ke rumah.
Rancak bersembang dengan mereka. Dah malam, baru sedar Eton takde dalam rumah. Sangkaan kami mungkin dia merayap ke luar. Ok, biarkan. Bila esoknya seharian pun dia tak balik, hati dah rasa tak sedap.
Laju aku tanya sepupu kot Eton ada dalam kereta. Dia dah check tapi takde! Fikiran aku pun dah lain. Eton tak pernah buat perangai macam ini selama hampir 4 tahun hidup dengan kami! Perangai dia sangat "pelik".
1) Hanya makan kibbles ( tak makan nasi, ikan dll )
2) Hanya berak atas kerusi dalam bilik air
3) Tidak mengiau ( tidak berbunyi kecuali dia marah )
4) Akan memandang jika dipanggil namanya, Eton
Sampailah ke hari Jumaat. Aku whatsapp sekali lagi sepupu aku bagitahu ciri-ciri Eton. Aku minta dia check sekali lagi. Tak pasti kenapa firasat aku kuat kata Eton ada di keretanya, Hilux.
Tak lama lepas aku bagitahu ciri Eton, sepupu aku panggil nama Eton dari dalam rumah & dia dengar loceng kucing! Bila suluh, memang ada Eton di antara tayar depan. Ya. ALLAH, laju aku pergi ambil dia.
Bukan mudah nak keluarkan dia. Dia sangat takut! Saat aku dapat capai, terasa badannya bergetar & dengupannya laju. Lama, hampir 30 minit. Aku bagi makan pun taknak. Bila bawa balik. barulah nampak dia selesa.
Kesian kamu Eton. Itulah, tak pernah buat perangai macam itu. Sekarang dia tak berani keluar lebih dari pagar. Agaknya masih trauma! Huhu.
Tuan dia ni pun tak senang duduk bila tak nampak kucing-kucingnya. Sayang oiii!
Kucing hilang pun aku dah tak tentu arah, korang bayangkan kalau manusia pula hilang? Moga dijauhkan perkara sebegitu.

10 dak comei sayang YUI:
my sista cat pun pernah jadi macam tu, sebab takutkan anjing kucingnya pegi menyuruk di sebalik tayar kereta orang. lepas tu tak boleh keluar pulak, stuck antar tayar dengan body kereta. dah la kereta tu parking tengah panas. masa jumpa tu lidah dia dah terjelir, muka dah biru coz kepala ke bawah badan dekat atas. no choice, memang kena panggil owner kereta tu yang sedang enak tido dalam rumah...setengah jam jugak nak mengejutkan owner tu.
dekat hilux ada macam takung bawah tu..kucing memang suka duk situ,
kekadang depa kelahi dalam tu,
sian eton
alhamdulillah selamat :)
kuat instinct awak ni sampai dapat rasa kucing kat mana :D
ciannya eton..huhuhu
nasib baik dpt jumpa...trauma terus die ye. ntah jumpa apa la tu.
ya allah..nasib eton takde ape-ape..
Fuh.. nasib dpt jumpa. Tu pon risau yui
Eton plish jangan buat gitu lagi nantj semua susah hati..
alhamdullilah jumpa kembali.....:)
Alhamdulillah jumpe..kucing fza trrus ilang tanpa berita..huhu..sedih
Post a Comment