tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, January 28, 2015

Tentang Yui : Menangis

Air mata dengan perempuan macam sinonim sangat. Tambah bila usia dah makin beranjak, emosi pun semakin fuhhhh! Tak tau nak gambarkan macam mana.


Aku?
Menangis ada 3 sebab utama

1) Perkara menyentuh hati
2) Perkara menyakitkan hati
3) Perkara menggembirakan hati


Tapi banyak no 1 & no 2. No 3 jarang menangis kegembiraan.


Kadang bila aku terkenang benda menyedihkan, sambil basuh baju dalam bilik air, air mata pun laju menitik. Nak mandi pun kadang macam itu. Macam mana laju air pancut, macam tu lah juga laju air mata keluar.


Nampak macam entah apa tapi itulah aku.
Sukar nak tengok dengan mata orang lain macam mana aku nangis. Aku tak suka tunjuk tapi bila ada yang nampak, itu memang aku tak dapat nak cover.


Kadang aku pandai nak sorok tapi kadang tak mampu.
Aku manusia biasa juga.


Menangis luaran perkara biasa
Menangis dalaman, makan hati namanya


Bila aku nangis, aku suka sendiri. Nak tenangkan diri sendiri.


Tapi bila aku ketawa, sampai orang tak tahu hakikat sebenar hati sedang merintih.
Pandai kan aku tutup kesedihan di sebalik kegembiraan?
Cehhh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Eza Boom Boom said...

Betul-betul. Kebelakangan ni, Eza selalu menangis. Dah sejak dah jumpa penyelesaian, Eza dah lega. Mungkin Allah bagi petunjuk, untuk tempat tu tak sesuai untuk Eza. Mana nak tahan karenah manusia yang teruk, itulah yang Eza rasa. Menangis setiap hari. Tapi, dah pergi dari tempat tu, Eza dah berlapang dada.. Alhamdulillah.

Tetiba eza buat luahan kat sini pulak.. Sorry dear.

Moga Yui tetap kuat dengan sebarang dugaan.InsyaAllah. Stay strong.

eima said...

ko sama cam aku ... kental ...
tapi aku jarang nangis...mls nk nangis ... makin tua makin keras hati ... dulu gado manja ngan laki pun nangis skrg gado tak manja pun tak nangis hahaha

aku kalau nangis suka peluk fahim sbb die sgt hebat dlm memujuk mama die ...

Azhafizah Md Nor said...

kan..perempuan dan air mata tak dapat dipisahkan..dah nangis rasa lega kot

Tihara said...

sebab kita tahu, susah nak cari kawan menangis.
Allah sebaik-baik tempat mengadu

tiga lalat said...

Salam. Hee timekaseh byk2 sbb sudi selalu singgah blog 3lalat itu, tp sy dh lama pindah yee., ;p

nik ros said...

air mata n pompuan tak dapat nak pisahkan. tgk citer pun keluar air mata..hihi

Chot said...

mngis bwh shower best! feel je..huhuhu. Mne lagi tmpt sesuai nk luahkn..xbg org nmpk..ye dok?

anamizu said...

tu la pmpuan & air mata mmg besfren. ana pun jarang nanges sbb gembira. mostly nanges sbb sedih.

eMMe said...

Yui nape ni?
ni skrg ni akak rasa yui dlm kesedihanan kan..kan..
sabar ye yui...
takmo la sedih2..hepi2 kay!

Azizah Green Line said...

Jijah xleh. Hal kecik2 pon cepat nangis..

lynndamya said...

Salam, yup...bagi saya, nangis sendiri itu lebih coOL~ walaup hakikatnya kita berharap supaya org yg buat kita nangis tu tahu kita tgh nangis...but mostly dia xtau, sbb kita duk nangis sorang2..huhu