tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, January 07, 2015

Cabaran biasa bagi seorang peniaga - pembeli main harga

Dah tengok entry bergambar? [entry], sebenarnya itu KALI PERTAMA aku dapat komen macam itu selama hampir 3 tahun berniaga.  Dapat pula di awal tahun 2015, pembuka tirai untuk bisnes kecil aku. Hahahaha.


Sebenarnya ada sambungan tapi aku malas nak letak. Walau dia bagitahu dapat harga lagi murah dari harga aku, tapi dia masih tanya barang yang sama dan minta ku kurangkan harga. Erm, kau rasa macam mana?


Dalam situasi macam ini apa yang aku fikirkan, dia hanya mahu "bermain harga" atau nak tengok aku boleh kurangkan lagi atau tidak. Maaf, sebab aku bukan direct dapat dari kilang borong. Jadi, harga memang dah habis kira kos-kos terbabit.


Pelanggan & penjual kena faham.


Contoh :

Penjual dapat RM 25 dari supplier
Penjual up kepada harga RM 35 kepada pembeli

Sebab apa?
Itu dah kira kos minyak, kos sms/telefon, kos balut, kos panjang lebar tanya tapi tak beli ( dengan penjual ). Belum lagi kira kos kena "maki hamun" atau menghadap kerenah. Itu semua kena ambil kira dik!


RM 35 untuk harga single. Kalau pembeli nak beli borong, tak ke kena juga kurangkan harga? Kena fikir baik-baik.


Kalau pembeli kata boleh dapat dengan harga murah pada orang lain, apa kata beli saja pada orang itu. Tak perlu nak mention "Eh, kenapa dengan awak mahal?". Sentap dik non kalau penjual tu hati tisu. Aku? Tak berapa nak tisu. Hahaha.


Apa pun jangan takut nak membeli dengan aku, sebab aku pemurah sebenarnya. Kadang aku kurangkan juga harga (kalau itu direct beli terus). Kadang untung aku RM 1 sahaja. Sedih tapi sebab hobi aku berniaga, ku gagah juga.


Kalau hati aku tisu, lama dah aku stop berniaga. Serious, untung aku tak seberapa. Kadang lepas duit minyak motor sahaja. Motor ok!


Maila jenguk online shop aku, Nurul Yui Collection.


Album jualan amal Dana Untuk Meow
[ link ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

14 dak comei sayang YUI:

Inani Hazwani said...

cabaran berniaga ni memang banyak. nani pernah jugak dulu meniaga sekejap. memang tiap kali menjual ada je yang nak mintak kurangkan harga

mila said...

tahu xpe dik...akk pn xsuka jns customer mcm tu..kalo btl lah apa yg dikata, kenapa dia x beli dgn org tu? nmpk sgt permainan kotor dia.

nanieydotcom said...

singgah jenguk Yui!!!

Same la Yui.. Ada tu nk beli retail pada harga borong! Grrrr... Xthu la sama ada x thu beza retail or borong atau buat2 x nk fhm.

Selamat Tahun Baru Yui.. Semoga terus sukses!

eima said...

sabar je la ... aku dah slalu dah ekna ...dah ckp itu harga ahli pun minta kurang lagi ..... huhu

Ujie Othman said...

jadi peniaga mmg kena kental, kdg2 kita down bila jumpa pembeli begini. Bagi saya, abaikan je. Bgtau yg kita cuma mampu bagi segitu. Then terpulanglah pada dia. Kalau ada rezeki kita, ada lah. Tiap peniaga, kos brg tak sama..mmg tak boleh compare gitu.

*kalau ada blogshop boleh kita tuko2 link biz. saya jual tdg. :)

Kniedaz said...

betul tu, akak ni pembeli, ya, peniaga pun ya..so kena la hormat satu sama lain dan fikir gak napa diorang letak harga camtu, kalau dapat harga lagi murah, beli je la kat yang murah hehehe

AnneRaini said...

betul2. kalo org tu murah belilah kat org tu.. akak bila betul2 nak mbeli baru cari yg paling murah dan tanya.

arysha_fayyadh said...

Assalam yui,
akak bukan peniaga, tapi pengepos
sebab hubby akak peniaga
so dia slalu ngadu & share prob yang sama
akak memang kata kat hubby kalo tak pulang modal JANGAN turunkan rege :)

Unknown said...

cabaran berniaga kebnyakan nya datang dari pelanggan..hehhe..kadang2 tak sanggup nak layan tu..heheh

Unknown said...

InsyaAllah ada platform nak bagi kat yui nanti. doa doakan ye.

Azhafizah MN said...

berniaga kena jiwa kental yui..kena sabar je la..apepun kita usaha buat yang terbaik..jangan sesekali mengalah dengan cabaran ye..semoga murah rezeki kita yang berniaga ni

lynndamya said...

Salam, haha gigihnya yui niaga untung seringgit je. Kalau saya, mmg kejam sikit, mata duitan ($_$) hahaha!

Anonymous said...

pembeli pun kenalah guna pemikiran yang realistik. bagi CT sejak CT pun meniaga online sikit sikit dah mula faham kenapa ada yg jual murah knape ada yg jual extra mahal sket. tapi bila da benda tu xtually bleh dapat murah tp dia jual extremely mahal tu melampau la. jadi kalau stakat beza rm10-15 tu normal la..

Unknown said...

Jijah hati tisu yui.. mmg xleh berniaga.. byk kesian gan org. Hehehe