Kami bagi makan & minum. Balik kerja kami bawa masuk dalam rumah untuk main dengannya. Allah, memang dia sangat aktif! Muka dia yang cute buat kami geram.
Sampailah satu hari, sebelum raya Haji, aku belikan botol susu & susu. Aku siap cucukkan dia ubat kutu. Malam itu dia minum & sempat putuskan puting susu. Takpe, tak kisah. Dia keluar rumah tanpa memandang kami. Rupanya itu hari terakhir dia dengan kami. Esok pagi, dah tiada!
Kami siap tanya jiran tetangga tapi hampa. Sebulan berlalu lepas itu, kakak rumah bagitahu dia nampak Oyen di kedai makan. Untuk memastikan itu Oyen, aku pergi. Ternyata memang dia! Sedih dengar kisah Oyen melalui tuan kedai.
Katanya anak dia jumpa tepi jalan di sebuah sekolah. Alhamdulillah dia jumpa dengan insan penyayang. Nasib baik aku ambil cepat, sebab mereka nak letak Oyen di kawasan tempat lain kerana Oyen berak atas rumput mereka. Keadaan tak sesuai untuk sebuah kedai makan.
Wajah kepenatan selepas di bawa pulang
Lepas saja ambil Oyen, kami ambil keputusan untuk bela Oyen dalam rumah. Kami berkongsi untuk membeli keperluan Oyen seperti sangkar, pasir, bekas makan & minum, collar, makanan, susu & ubat yang patut.
Kesimpulan :
Ada insan tak berhati perut buang Oyen jauh dari kawasan perumahan kami
Kami perasan ada seorang uncle yang selalu memerhati Oyen dalam pagar kami
Alhamdulillah Oyen dalam jagaan kami. InshaaALLAH kami jaga sebaiknya.
Untung dapat rakan serumah yang sama penyayang terhadap binatang. Alhamdulillah. Eh korang baca sampai habiske? Maaf sebab panjang kerana aku memang emosi ketika menaip. Hahaha.
10 dak comei sayang YUI:
nasib nya terbela... akhirnya jumpa balik, good to hear that.. :D
alhamdulillah :) teringat dekat si lala satu-satunya kucing kami yang kami tak jumpa sampai sekarang. hilang secara tiba-tiba. jenuh mencari di merata tempat tapi hampa. harap dia dapat perlindungan dari insan yang bersifat penyayang seperti yui dan rakan2. :)
ahahha baca sampai abis dik ...
amboi usha kuceng org pastu amik pi buang ..suka hati je
alhamdulillah..sebab oyen bertemu dgn org y betul..
alhamdulillah kan dapat jumpa balik..
Oyen dh besar.....msti dulu dia kecik je kan.nape la org tu xpuas ati sgt..mcm kacau dia plak yg dibuang jauh2x tu dh nape...apa la...mmm
Oyen dh besar.....msti dulu dia kecik je kan.nape la org tu xpuas ati sgt..mcm kacau dia plak yg dibuang jauh2x tu dh nape...apa la...mmm
kesiannya Oyen. sipbaikla jumpa semula.. hurmm manusia zmn skrg ni mmg ramai yg agak kejam :(
Kesian oyen..nasib dapat jumpe balik
kesian oyen...nasib jumpa yui..
Post a Comment