Sporo adalah ringkasan bagi nama Sporotrichosis iaitu
sejenis penyakit kulit yang lambat sembuh akibat jangkitan kulat,
bukan bakteria atau kuman
Berbalik pada kisah Eton Junior, aku perasan dah dekat 2 minggu hidung dia luka. Ku ingatkan luka biasa. Mak sentiasa letak ubat tapi masih tidak baik. Hasil carian yang ada, aku dah syak Eton Junior menghidap sporo.
Korang boleh nampak luka itu ada pula di bahagian tangan. Semalam aku tengok, di bahagian badan pun ada.
Dia sangat cergas walau keadaan dia seperti itu.
Hasil perbincangan dengan pihak veterinar, aku takkan PTS dia. Biar dia hidup selagi boleh. Biar dia lalui hari-harinya sebaik mungkin. Menitis air mata bila terfikir aku perlu PTS dia. Pencinta haiwan mana yang sanggup matikan meownya sendiri? Alhamdulillah lega dengan keputusan sekarang.
Eton Junior jenis outdoor. Hanya akan balik bila lapar sahaja. Jadi ku rasakan risiko untuk berjangkit amat tipis. Harap begitulah. Akan datang tak pasti macam mana. Aku akan cuba rawat sebaiknya & sedaya aku. Allahuakbar. Moga ALLAH permudahkan.
Soal jawab tentang sporo dengan lebih lanjut [ entry ]
Bak kata veterinar, dalam 6 tahun dia berkhidmat, aku adalah kes keempat. Jadi katanya penyakit ini jarang terjadi. Ya, ini pertama kali terjadi pada kucingku selama lebih 5 tahun membela.
Kuat & bertabah Eton sayang. Kami tahu kamu kuat!
11 dak comei sayang YUI:
alahai kesiannya eton junior..takpelah yui selagi ada hayat die biar jelah... biar die pergi semulajadi..
moga kucing yui cepat sembuh ya :)
alahai.. kesiannya dia. Memang tak sanggup nak matikan kucing ni.
kucing aku dulu penah kena penyakita pe tatau la .... pengkak besar kat pipi die .. bulu gugur ...pastu jd warna hitam ..pecah ... berlubang ... yg pecah air die busuk gile ....
lepas sembuh die mati .....
kesian eton jr ...
Allahhuakbar. besar pengorbanan akak. InsyaAllah besar pahala keluarga akak. Moga Allah merahmati akak sekeluarga.
Allah kuat. Allah ada. Allah yang jaga eton junior.
ibu selalu kata bila kucing dekat rumah ni tak ada. "Adik... ni semua Allah pinjamkan untuk kita. Walau dia penyebab rezeki murah. Kita hanya peminjam. Redhakan hati ye nak"
Allah :') Akak kena kuat sebab eton junior kuat !
kesiannya tengok dia luka2, harap2 cepat sembuh :(
kesian eton,
moga dia cepat sembuh
yui guna ubat apa?
orang kata ubat dermanol elok
insha Allah
kesiannye eton jr.. inshaAllah akan ada jalan utk bantu meow2 Yui.
alahai sian eton... moga cepat sihat yer ton
siannya dia..harap harap sembuh cepat
Salam, ah kesiannya..xpelah, xperlu PTS..biarlah dia hidup..tp sedihnya tgk dia sakit.. :(
Post a Comment