tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, November 09, 2014

Kerana mulut badan binasa

Biasa mendengar ayat ini? Boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Lebih-lebih lagi untuk golongan yang suka bercakap ikut sedap badan. Tak fikir langsung perasaan orang lain. Janji lepas dia sahaja.


Untuk pengetahuan kalian, aku lebih gemar mendiamkan diri. Bukan bermakna tak prihatin tapi lebih memikirkan jika aku bersuara, makin terasa orang yang mendengarnya. Elok benda nak jadi baik, lebih buruk pula keadaannya.


Contoh
Ada yang meminjam duit dengan aku dengan berjanji akan bayar semula dalam masa sebulan. Sebulan berlalu, si peminjam masih tidak menunaikan janjinya untuk melangsaikan hutang. Masih macam biasa bertegur sapa dengan aku tanpa membicarakan tentang hutangnya

Aku diamkan diri dengan harapan agar peminjam mengerti sendiri. Hampir 2 bulan, dengan rasa rendah diri aku bersuara menyatakan di mana janjinya. Laju dia bayar dan terus menyepikan diri.


Adakah itu salah satu kesan kerana mulut badan binasa?
Kerana mulut aku, badan si peminjam lah yang binasa. Siapa suruh tak ingat janji sendiri.


Oklah, situasi di atas hanya contoh sahaja walau macam tak kena dengan tajuk. Tapi itulah hakikatnya, aku tak suka lebih-lebih dalam bersuara. Mereka yang rapat denganku, inshaaALLAH lebih mengerti.


Tolong jaga mulut masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Tie HT said...

dia jadi termalu sendiri kot yui,
kadang-kadang malas nak pikir apa pandangan orang bila kita buat sesuatu.pandangan Allah lebih penting..jaga hati orang kadang2 hati kita tak terjaga kan

Kak iman said...

yes betoi tu dear

Chot said...

Haha..biasa org yg diam2 ni...bila bersuara mmg padu. Direct punya...naseb la..diam xbererti lemah ye dak.. Bkn xnk bersuara...tp takot terkeluar kata2 berbisa..lg2 bila dgn org trsyg..takot menyakiti hatinya...uhuk

Anum Abdullah said...

aku pun dah bosan dah dgr ayat begitu...'kerana mulut badan binasa'

Unknown said...

dia malu sendiri kot yui..tu sbb jangan buat hal gan org tu..kalau x sedass kena.. hehe

Cik Rose said...

nak komen bab contoh Yui tu. Ros pun jadi serba salah kalau bab tu. nak minta takut orang terasa. Tak minta, tu hak kita. emmm

Nisa Greennnpanda said...

btul2... hehe...
sbb tue sy lg suke dgr dr ckp.. :P

Azhafizah MN said...

Maybe yg kes tu lain tu..kes sebab mulut bdn binasa tu kalau kita tegur secara kasar kot