tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, May 14, 2012

RESEPI : Kuah Yong Tau Fu versi Yui

Oleh kerana "permintaan" resepi kuah yong tau fu lebih banyak di entry ini, aku mulakan share resepinya dulu ok. Coleslaw mungkin kemudian ya. Sabar menanti ^__^ . Ini versi aku, ubah sikit dari asal.


 - hasilnya -


Bahan-bahan ( untuk 5-6 orang )

1) 5-6 tangkai cili kering 
2) 1 sudu besar minyak
3) Gula melaka
4) Gula ( kalau kurang manis )
5) Garam secukup rasa
6) 3cm belacan
7) 300ml air
8) Tepung jagung
9) Sedikit ajinomoto ( kalau nak )


Cara-caranya

1) Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing dengan api kecil. Goreng sekali belacan pon okay. Make sure jangan sampai hangit lak. T berbau, kurang besh!. Seeloknya, buangkan biji cili tu time basuh ya.Setelah garing, blend cili kering dengan sedikit air.

2) Panaskan air bersama gula melaka. Aku guna seketul. Bila dah cair gula tu, masukkan cili yang dah dikisar tadi dan juga belacan.

3) Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan air kedalam bahan (2) bagi memekatkan kuah. Nak pekat lagi, tambah sahaja bancuhan tepung jagung tu ya.

4) Masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto ( aku tak berapa suka buh ). Boleh gak buh gula lagi kalau rasa kurang manis.

5) Boleh gak tabur bijan goreng tapi aku tak letak coz tak minat =)


So, itu sahaja caranya. Kalau suka pedas, letaklah lebih banyak cili kering tu. Suka manis, letak lebih gula itu. Seeloknya time nak mendidih tu, korang rasa. Baru leh agak nak citarasa camne ea. Sekian sahaja dariku.


Resepi asal : Sini

Selamat mencuba, dah cuba meh bagi aku sikit ^__^
Kalau ada apa-apa nak tanya
jangan segan silu PM okay
DiBENARkan COPY tanpa inform ya

   


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

37 dak comei sayang YUI:

IntaNBerliaN said...

ooo sng je upenya.. nnti nk try lh.. sbb akak mmg sk mkn yong tau fu ni...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

yui, mintak copy ye bahan2 ni =)

Masz Sidek said...

tak saba nak tahu cara buat coleslaw... ;p

Ayien Ocaca said...

SIMPLE NYE...sedap pulak...yummy-lious..
pasni leh try la..

Fazi Isma said...

cm best je akak, blh try ni... hehehehe

eima said...

sama resepi ngan yg aku penah buat ... cuma aku tak bubuh bijan je ..hehehe mana tah aku amik resepi ni dulu dlm tenet la

En. Kronik said...

ciss kek nye mane?

diana said...

seronok makan ramai2..
kalau makan sorang2 jadi mual..:p

AnneRaini said...

nak makan tapi malas buat..yui pos je boleh???hehe

Rtp Farra Arisha said...

eh eh my mom has made that kuah yong tau fu last day. :) but i prefer putting bijan to make it more delicious. :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waahhh bleh suruh mak yg buatkan... hehehehehhehehe

ziezah said...

bestnya yui suka godek2 resepi baru kan..jijah ni nak makan..tp malas nak buat..ee menci perangai ni tau

Jo-Blogger said...

macam sedap je.nt folow ok.

Roz said...

sedapnya...nnt nk cuba buat la...suka mkn yong tau fu...hihihi

Saya Disini said...

boleh try nnti ni..tq

Cinta Misteri said...

Hadoiyai.,my feverato. Nnti CiM try yea

dyabunga said...

nk try lh

eMMe said...

yum2..yui! menarik ni....tapi akak malas la nak masak......hurm... order kat yui boleh,hehehe~

aTy _faRed~ said...

time akak pantang ar awak tunjuk makanan besh2..adeeeyyy....

Wanieys said...

yong tau fu one of my peberet..bley try pasni heheeee...
baru 1st time wanieys suh wan edit blog...nmpknya memuaskan ati :)

sharul izam said...

nyummy!!

ainraus said...

wahhhhhhhhhhh! sedapnyaaaa.
nak makan ini!

budak penjara said...

hurmm bestnya nampak

cik najihah said...

thanks for sharing

cik najihah said...

thanks for sharing

iizza said...

senang rupanya buat kuah ni ya..baru sy tahu..^_^

fieda said...

tak sangka plk sng rupanya nk buat kuah ni..

nur anis said...

senang je rupanya..nak cuba..:)

Myra Jay said...

Macam senang je nak buat..
Boleh try nieh :)

Aishah Jahirah said...

mmg nak buat pun,bhn2 dah ada tp sos tiram habis.tergendala..blh try resepi yui bagi,lagi simple dr selalu akak buat.

anitadiana said...

biasa kak ita beli aje kueh yg dah siap..tq yui..syer resepinya...kak ita suka makan ne..

NOOR FATIN said...

saya suka makan yongtaufoo! kdg2 org jual kuah xsedapp, kdg2 sakit perut.. huu lagi puas hati kalau buat sendiri kan. mcm2 resepi kat blog ni, bleh la sy cuba nanti!! hehehe

shida'R said...

nice sharing la yui...shida nk cuba..sbb shida suka mkn yong tau foo :)

Azhafizah[フィザ] said...

maceh yui..fiza mmg suke makan yong tau fu.kalau kuah sedap..bertambah tambah le jwabnya.hihi

eintan nurfuzie said...

ooo.. yg meleket2 tu guna tepung jagung yek?

9n0L4 said...

terjah entry terbaik orang. hehe. memang terbaikkkkk. ;)

http://farizafairuz.blogspot.com/2012/06/banyak-persoalan-yang-berada-di-minda.html

Cik Purple said...

whoaaa.. hehehe.. nanti nak buat la.. :D