tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, May 21, 2013

Tips dan soalan temuduga berkaitan Penolong Pegawai Tadbir N27

Seperti yang kalian tahu, semalam aku menghadapi temuduga dengan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Dan juga telah aku bagitahu { entry } , aku akan kongsikan antara tips atau soalan yang diajukan kepadaku. 


Aku sepatutnya ditemuduga jam 11.00 pagi tapi aku datang seawal 9.00 pagi. Sebaiknya awal kerana masa menunggu juga agak lama ya. Boleh juga anda betulkan apa-apa if tersalah letak.


Antara soalan yang diajukan kepada aku

1) Perkenal diri ( sebaiknya latar belakang pendidikan dan pengalaman )

2) Jelaskan deskripsi atau tugas penolong pegawai tadbir

3) Bagaimana kita selesaikan jika menghadapi dengan orang bawah yang lebih berusia dan berpengalaman dari kita ( huraikan )

4) Ketekunan membawa kejayaan. Apa sifat ketekunan tersebut

5) Bagaimana cara anda memotivasikan diri anda. Huraikan


Itulah antara soalan yang diajukan kepada aku. Nampak macam sikit tapi nak huraikan tu pergh. Entah betul atau tak aku jawab. Hentam sahaja. Yang penting bila jawab ada keyakinan diri. Itu HARUS! Betul tak betul lain cerita.


Diingatkan bahawa lain penemuduga berlainan juga soalannya. Maksudnya anda harus bersiap sedia. Baca apa yang wajib seperti tugas, deskripsi, isu semasa seperti Kabinet Malaysia 2013, maksud SPA dan lain-lain.


Oh ya, sesi temuduga aku 100% dalam Bahasa Melayu. Lain panel lain caranya. Mungkin ada sikit Bahasa Inggeris. Tengoklah macam mana diaorang tanya ok.


Tips atau maklumat yang perlu anda patuhi

1) Susun fail anda mengikut apa yang tercatat pada surat panggilan
ic-surat beranak-sijil keputusan spm-sijil berhenti-diploma-transkrip-sijil kegiatan luar

2) Yang asal hanya sijil kegiatan luar, yang lain sila bawa asal dan salinan okay

3) Resume ringkas dan padat harus diberikan. Letak gambar passport anda

4) Pilihan warna pakaian memainkan peranan penting. Sila google "pemilihan warna sesuai untuk temuduga". Warna seperti merah & oren tidak digalakkan. Lebih selamat warna kelabu, warna pastel dan tidak mempunyai banyak warna

5) Sila pakai kasut bertutup. Pakai warna hitam sebaiknya atau warna yang gelap. Berstokin

6) Sebelum masuk ke bilik temuduga, sila ketuk pintu sebanyak 3 x dan baru masuk

7) Berikan salam dan selamat pagi kepada para panel

8) Berikan salinan dan asal sijil anda. Biar terus menghadap mereka.

9) Duduk setelah diarahkan dan ucapkan terima kasih. Jangan kau terus duduk. Nampak sangat tak sabar

10) Duduk dengan tegak, kaki jangan disilangkan.

11) Sila bersedia menjawab apa yang diajukan. Good luck!


Bukan apa, semasa aku pergi, aku nampak ramai lagi pakai kasut terbuka, tudung belit-belit, yang lelaki tak bertali leher. Mungkin ada yang belum tahu kan. Moga ini dapat membantu.


Rasanya itu sahaja yang ingin aku kongsikan. Jika anda nak tahu antara soalan lain yang dikemukakan, anda boleh rujuk blogger berikut kerana mereka juga seperti aku, telah selamat menjalani temuduga.





Moga tips dan soalan yang ku kongsikan sedikit sebanyak membantu anda. Bagi yang bakal ditemuduga aku ucapkan selamat berjaya. InsyaALLAH nanti aku kongsikan link yang banyak membantu untuk memberi info.


# Gementar itu perkara biasa. Gugup itu pasti ada. Yang penting kita telah mencuba. Redha dengan keputusannya nanti. Jangan meletak harapan yang tinggi dan jangan juga endah tak endah. Biar kita sedang-sedang sahaja. Jangan lupa selawat dan banyakkan berdoa.



Update : Apa itu sijil kegiatan luar?
Termasuk aktiviti dalam persatuan, kokurikulum, 
sijil jadi setiausaha, jadi ajk program dan seangkatannya






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

24 dak comei sayang YUI:

si_arnabgemok said...

Thanks for sharing.
I'm currently waiting for result exam PTD.
Mana tahu ada rezki dapat pula sampai ke peringkat interview, info kat sini dah boleh banyak membantu.
Thanks once again. ^^

Kuazue Mohamad said...

As salam n good luck... rasa nya utk mana2 temuduga pun etika berpakaian pun sama..lain la p interview operator kilang...hihihi..anyway...nice tips..tq

NM03 said...

klu cuak, ape pun tak boleh. hehehehe

Anum said...

all the best

Anonymous said...

thanks ya sebab sudi berkongsi tips kat blog ni..:)..

eima said...

insyaallah ko berjaya dear ... pastu ade org bwhan cam dak opis aku ni ...sakitt

E'in said...

thanks share!

||aLeaSaRa|| said...

wah bgs tips ni..untunglah kalau iview gov.kalau swasta mmg in BI.apatah lagi kalau sykt besar2 mcm di klia.kebanyakkan lepasan U takut utk communicate in BI,padahal sng je.

digalakkan b4 iview,berlatih dpn cermin dan juga berlatih dgn kawan.kak lea dh lama tak dpt iview gov,ada jugak apply mana tau rzki,blh apply tips ni :)

yelah etika pemakaian mmg penting.tapi tak kira iview jwtn apa pun,mesti berpakaian kemas.yup...bagi perempuan elaklah pakai shawl yg belit2 n fancy.masa inilah tjk keayuan korang pakai tudung bawal...comel per ^^

all the best sis wish u luck!

Anonymous said...

bagus share info2 yg macam ni.,., terbaik !

kurus said...

tq dikk
insyaallahh ada rezeki x akan kemana kan ;)

widh u luck !

Unknown said...

SEMOGA ADA REZEKI BUAT YUI..AMIN

Kakzakie Purvit said...

Semuanya telah berjalan dgn lancar, sekarng tinggal doa dan tawakkal. Kakak doakan moga berjaya!!

bunga_rose said...

bagus betol info2 tu untuk budak2 baru habis belajar nak pergi interview

good luck ek, insyaallah, klu dah rezeki yui tak ke mana

Hazmin Hamudin said...

Yakin tu penting. Kalau dah rezeki memang tak ke mana kan. Soalan no 3 tu memang wajib ditanya tu. Hehe

Mimie said...

tips yg berguna utk yg bakal ditemuduga

ayut said...

ramai gak dapat panggilan ni ek..kawan ayut pon ramai yg dpt utk temuduga :) all the best yui..hope ad rezeki yui untuk panggilan seterusnya :)

Eintan Nurfuzie said...

berdoa dan tawakkal.. klu yui dapat masuk la jabatan vet ye.. ehhehe.. dpt cucuk kucen free.. ahahha :p

Anonymous said...

bagus tips yui.

agak lengkap...

kerja adalah rezeki masing-masing kan?

all the best...

Tinta Lana said...

Firstly..tahniah ya yui..dah slmt diinterview.. :) hilang dup dap dup dap,hehehe

Takda pa sbnrnya lana nak tulis,ehehe. Cuma, tips yg yui bagi, memang applicable utk interview kat mna2 pun.. kemas, tersusun dan yakin, tu ant keywordnya kan.

Good luck ya yui utk next result ^_^ yg penting, dpt pengalaman :)

hana hadi said...

dh selamat...:) bila tau result?

Unknown said...

bagus tips ni yui..berguna untuk di luar sana..

moga ada rezeki yui dlm jawatan ni :)

Unknown said...

yeahhh keyakinan tu mmg harus! moga dpt ye jawatan tu.. pegawai tu.. perghh hebak2.. gaji masyukk.. haha.. =)

Shida Radzuan said...

thanks sharing yui ^_^

Anonymous said...

hi, boleh tahu apa tu sijil kegiatan luar (sijil kokurikulam ke)
tq/mona