tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 07, 2013

RESEPI : Oreo Cheese Cake paling mudah

Yup, memang mudah. Jom tengok cara aku sediakan. Moga korang faham step yang aku bagi. Kalau kurang faham, boleh terus tanya di entry ini okay maklum sahaja tak pandai mengajar


Bahan-bahan :

1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )


Cara-cara :

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.


- asingkan biskut dan cream -


- pastikan hancur -


2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. Apa entah namanya. 


3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.


- butter digaul sebati dengan biskut hancur -


4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.


- ratakan campuran tadi sebagai base -


5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer macam aku.  Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.


- gaulkan hingga sebati -


6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.


7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.


- contoh letak adunan atas base dah keras -


8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 


- gunalah bekas kecil agar adunan lebih tinggi -


Nasihat aku

1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.

2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan. 

3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.


So, itu sahaja. Mudahkan? Mudah sebab tak payah nak membakar, cukup ada peti ais. Resepi asal aku ambil { resepi asal Oreo Cheese Cake }. So, aku olahkan sikit untuk pemahaman aku sendiri.


Jangan lupa cuba ya. Bagi aku sesedap cheese. Korang buat dan bandingkanlah dengan yang dok jual. Macam makan aiskrim pun ada tau! Kos pun murah.




Sila abaikan hiasan oreo cheese cake
aku yang merepek ini!
Hahahaha


LAIN ORANG
LAIN TEKAK
LAIN CITARASA


SELAMAT MENCUBA





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

42 dak comei sayang YUI:

Hazmin Hamudin said...

Sempoi la.. Hehe.. Rupa tak penting asalkan sedapkan.

AriF FaZDiLaH said...

sedap nampak..nak try buat jugak lah....

PERMATABIRU said...

nmpk mcm mudah nk kna try nie..klu rajin hehe

Unknown said...

Boleh cuba ni nanti ^_^
Resepi sangat mudah :D hehe

are_lin@yu said...

frst time dgr resepi ni..hiih..ayu coklat cheese pn xtrbuat lg..hehe

Nisa Greennnpanda said...

wah.. xyah nk bake eh?
leh try nie, hehe..

Unknown said...

asal ada peti ais n bahan2 tu dah cukup.. yes nanti boleh buat..mudah n simple.. tapi takde handmixer tu..ahhh kacau jelah..hehe

beta kupu said...

resepi cani la yg dicari2, sng n sikit je bhn nye

Unknown said...

NAK TRY BUAT LA NNT..ANAK2 KAK BUI MESTI SUKA NI

Unknown said...

menarik ni dear :) hihi

Nory Zoulkefle said...

nak kena try ni...

tapi kena beli hand mixer dulu lar...

hehe

Nyue said...

wow..simple je kan...huhuhuhu...

Anum said...

nyum2

Unknown said...

oo senang aje rhupenya membuatnye.. hehe.. leh try nti

adyna AB said...

masa akak bawak budak2 pendidikan khas g kolej komuniti pun dak2 nie diajar buat orea cheese nie..simple jugak.. tp budak nie tak suka hehehhe..

akak suka sgt2 ;0

Kniedaz said...

oooo...senang ni Yui..boleh buat takyah bakar hehehe

AnneRaini said...

lebih tertarik dgn anak lesung kontot yui..hehehe

Unknown said...

lain sikit dengan resepi yng akak tengok kat satu blog tu..tapi bahan2 nya sama la..
heheh

Unknown said...

waahh!! thanx coz kongsi

lizz said...

ermmm sedap nyer oreo chese cake...boleh try ni anak2 saya mesti suker...

Tie HT said...

eh memang sedap ni siap smiling lagi..kalau cheese mmg sedap...itu ahkak laa :)

Myra Jay said...

Mudah, cepat yang penting sedap :)

Cream Cheese dengan whiping nak kena p cari.. :D

NoEn said...

nampak cam senang..tp xtau le berjaya buat ke idak..haha

Nur farahiza said...

chesee kek nie mmg sedap , lagi lagi oreo , peehh

Miss N™ said...

ohhh..tak payah bakar2 ke...
senang jelah eh rupanya...
nak cubalah nanti...

manis said...

macam sedap je yui.
akak nk try jugaklah nanti :D

Shida Radzuan said...

wahhh sedapnye nk try lah :)

nanieydotcom said...

Eh., sng je rupenye.. Name resepi mcm payah n rumit. Okeh nnti leh try ni

Azhafizah MN said...

terima kasih yui.resepi yui semua simple dan of course lah fiza akan cube macam selalu..hikks

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

owh senang jer nak buat dia

FatinNad said...

kalau guna sekali cream oreo tu tak boleh ke?

dya nasir said...

Mcm kek aiskrim plak letak ke freezer. Hehe

Anonymous said...

kalau ganti whipping cream dgn yogourt boleh kan kan ??

Diyanah Ramlee said...

mohon utk mengopi steps ni hihi trimas2!! :)

Izzie said...

kak yui! izie dah try, sebab n senang giler nak wat . hehe . bagi mmbe makan dwng kata mcm makan kat secret recipe .. hahaha! :)

annyss afandi said...

senang sgt dah try buat. tp oreo dia mcm hancur klu potong. mmg mcm tu ek?by the way cheese mmg ok sedap n rmai sukaaaa!

annyss afandi said...

dah try guna resepi nie sedap and menjadi. tp oreo dia hncur ek klu nk potong?sbb sukatan butter 1/4 guna mcm dlm resepi..by the way cheese dia menjadi and rmai nk cuba!

nora razalli said...

tgh usha2 resipi ni ..esok nk buat ..hehe ...
tp kalu xmnis sgt pun ok rsa ..
xdela org kncing mnis naik plak gula diorg nnti :P

Unknown said...

nice sharingggg sis! nti nk cubaaa laa :)

Unknown said...

nak tanye,
nanti dia cheese nye keras , jadi macam same keras macam kek cheese yang dibakar ke? sebab nak try. dan sy ni punstudent, nak beli kek mahal, nak buat sendiri takde oven. jadi bile dapat resepi ni macam wow! pakai peti ais je. :)

Unknown said...

Time nak mixer tu, kene buat sampai maksimum atau slow2 dulu baru maximum??

cydayf said...

sedap. suka sgt buat cheese cake ni