tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, May 02, 2013

Day 3 : Membeli barangan kulit di Cibaduyut Bandung [ part 3 ]

Di hari ketiga di Bandung adalah hari yang penuh aktiviti sebab keesokan pagi flight ke KL. So, dah tak sempat untuk aktiviti lain.


Selepas melawat Kawah Putih, makan dan minum di Saung Andir, kami terus singgah di Cibaduyut iaitu pusat pelbagai barangan kulit yang murah seperti kasut, dompet, jaket, beg dan macam-macam. Rambang mata mak nokkkk!


Aku macam biasa dah siap catat apa yang nak dibeli pada family, pada orang itu, orang ini. Di Cibaduyut, aku banyak beli sandal dan dompet. Ole-ole tambahan pon ada juga ku beli.




Gambar di atas ialah dodol. Ada pelbagai perasa. Sempat aku beli 500 gram, RM 7 duit Malaysia. Oh ya, maaf sangat di Cibaduyut aku ambil gambar ini sahaja sebab sibuk shopping. Hihihi.


Nanti entry khas antara barangan yang sempat ku rembat ketika berada di Bandung ya.


Kesimpulan @ rumusan dariku sepanjang berada di Cibaduyut

1) Pastikan sikap tawar menawar itu ada kecuali jika item tersebut telah di beritahu HARGA MATI. Itu maksudnya tiada diskaun ya, Harga tetap orang kita kata.

2) Terlupa nak beli ole-ole di Pasar Baru, di sini pon masih ada insan-insan yang akan mengekor korang. So, korang tawar dan belilah if berpatutan dan lagi murah dari Pasar Baru. Contoh barang dijual, keychain, fm, t-shirt, beg comel dan sebagainya.

3) Jangan lupa beli sandal untuk anda khususnya kaum perempuan. Sandal boleh didapati dengan harga Rp 15 000 sepasang = RM 4.50. Beli 3 pasang boleh dapat RM 10 if anda pandai menawar. Murahkan?

4) Jaket kulit yang murah pon ada. Kebanyakan kulit yang digunakan adalah kulit sapi / lembu. Kalau tak salahlah. Kulit B*** tak sure ada tak. Kih kih. Sila tanya sebelum beli.

5) Sebaiknya catat dulu barang apa yang ingin dibeli supaya mudah terus cari. Aku catat dalam buku nota kecil dan setiap kali beli akan aku catat juga harga. Sebagai ingatan dan sebagai panduan untuk aku tulis dalam blog. Korang pun dapat ilmu kan dan boleh bajet =)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

29 dak comei sayang YUI:

Anonymous said...

not badlah harga kat sini yer

Anum said...

bestnya

wawa syaida said...

wow bestnya...belum jejak kaki lagi kat Bandung :)

JaSSNaNi said...

tudia dodol.. punya la banyak.. menimbun2..

beta kupu said...

Bia betik Yui, murahnya sandal?!

Unknown said...

MMG SGT2 MURAH BRG2 KAT SITU KAN..

AnneRaini said...

bestkan bandung...shopping heaven..hehe

Mimie said...

bagus yui share bnde nih dgn kwn2 yg lain

izyantyPersonalTaste said...

bestnya dpt shopping kt sana

eima said...

mmg best ek soppin

Hazmin Hamudin said...

Tak pernah lagi merasa ke bandung.. Confirm la murahkan sebab exchange rate pun dah berbeza.. Best kalau dapat shopping dekat sana.

J.Syazwana said...

fuyohhhhhhhh memang rambang mata camni. hehe

Cho Zila said...

bestlerkan yui.. nak pergi sangat... kalauler dapat alangkah bahagianyer...

Anonymous said...

wah jajan!

suke...

EkaTikah said...

pehh, tersusun dodol. banyaknyeee :O

Unknown said...

bestnya shopping! mmg takkan ingat nak amik gambar pon kan..heee

RIZZNA said...

amboiii jln sakan smpi just snap 1 pic jerrrr...dodol plak tue. yg tu mmg senang makan, bukak plastik terus ngap

Miss N™ said...

kalau murah2 tu mmg rambang matalahkan... :)

bilalah Nur dapat pergi sana...

Annamariana1989 said...

kasut 3 pasang 10rgt???
waaa, bestnyaa..
mau bw balik malaysia penuh kasut la jawapnyaa.. hihihih

shaFazie said...

murahnya....rambang mato den :D

are_lin@yu said...

wahh yui bli apa ya..

Unknown said...

mmg menarik la entry g bandung ni. hihi. bab shopping tu eza paling suka... ;)

Tie HT said...

murah nya kan sopin kat sini,best2

Alhamdulillah, fm yui dah sampai semalam ..t.kasih:)

Cikrosecute said...

harganya berpatutan jugak...ada yg murah...ada yg mahalkan...

IntaNBerliaN said...

bab shopping tu la plg akak suke.. hihi

Fifi Nadhrah said...

memang kene sentiase bawak pen dan buku nota ye.. :)

Anonymous said...

murah gak tuh tapi barang2 elok tak?ke cepat putus kalau macam sandal tuh?

Anonymous said...

Uuuuuuu,murahnya harga barang di bandung berbanding dengan harga barng di malaysia..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk meberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.