tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, June 10, 2013

[5] Yui jawab apa anda tanya

Entry ini untuk aku jawab pertanyaan kalian berdasarkan entry { ini }. Terima kasih kepada mereka yang bertanya.


1) Kakzakie : Sampai bila agaknya pergolakan politik Mesir akan berakhir? 
Yui : Sampai bila itu kita tak pasti. Yang pasti kita doakan segalanya berakhir. Takkan nak pergolakan selama-lamanya. InsyaALLAH, sampai masanya nanti pasti ada perubahan


2) Aishah Jahirah :  apa pendapat yui kesukaran graduan sekarang untuk dpt kerja tetap? 
Yui :  Tak dinafikan, memang agak payah nak dapat kerja. Tambahan lambakan graduan yang semakin bijak pandai. Persaingan semakin ramai. Untuk kerja sambilan pun sukar tambahan kerja tetap. Bagi yui, kerja sahaja mana dulu asalkan halal. Tak perlu nak ikut sangat taraf pendidikan kita. InsyaALLAH rezeki itu ada. Yang penting jangan memilih sangat. Dari nak dapat kerja tetap terus duduk rumah menganggur pula.


3) Ayut : yui suka seorang kawan yang macamna ek? 
Yui : Yui suka kawan yang tak lupa kawan. Ingat saat susah senang. Tidak terlampau berkira atau suka mengungkit. Sebenarnya yui berkawan dengan semua tak kira macam mana. Asalkan bukan kawan yang tikam dari belakang.


4) Eca Dwinky Asha : tema perkahwinan yang yui impikan???
Yui : Amboi, tanda seru sampai 3x! Hahahaha. Oklah, secara jujur tak terfikir pasal tema perkahwinan. Asalkan simple dan sedap mata memandang cukupla. Kih kih.Tema bunga gitu.


5) Cik Nur : Sinchan makan berapa kali sehari? 
Yui : Paling sikit 2x sehari. Jenis Shinchan, dia akan pergi pada bekas makanan dia dan akan goyangkan supaya kita dengar. Itu tandanya dia nak makan tapi sikit sahaja. Makan sikit tapi kerap. Kucing lain pun sama.


6)  Maya MustWany : macam mana biznes craft? bila nak bukak kedai?
Yui : Alhamdulillah okay. Ada permintaan, adalah craftnya. Kedai? InsyaALLAH. Buat masa ini lebih kepada online dan kedai hanyalah rumah sahaja. Hihi. Doakan ya.


7) Anonymous :  Kat puo amik kos ape?
Yui ambil Diploma Pengajian Perniagaan ( Pengurusan ). Terima kasih Anon sudi bertanya.


Selesai sudah menjawab. Moga jawapan yang diberi memuaskan hati yang bertanya. InsyaALLAH minggu depan sambung lagi ya.


Settle sudah hantar Lela untuk cucuk vaksin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

20 dak comei sayang YUI:

are_lin@yu said...

slmt mngenali yui lg..hehe..moga lebih success lg pasni..inshaallah amin..

Nurzakiah Hanum said...

rajin yui nie

Kakzakie said...

Kakak punya dah jawab ye...
Kalau ada campurtangan asing sampai bila pun tak selesai macam Palestine dari kita belum lahir sampai sekarang terus bergolak..

Deqla Manjew said...

amboiii dah mcm temuramah retis.. hihi..x smpt deqla nk tanya... huhu...

eima said...

lain kali aku plak nk tanya

wahida said...

rajin yui buat segmen mcm ni...bagus!!

Myra Jay said...

Macam2 pertanyaan :)

Okla at least dapat tau serba sikit.. :)

Psl tema kawen ikut ar kaler yg Yui minat :D

Budak Kampung said...

budak puo gak ek?sme3 tpi BK amik civil

Eca Dwinky Asha said...

hahaha..jawab jugak eh...marilah berangan2 pasal kawen.da boleh dah ne

Amanina Mads said...

wahhh dpat tau sedikit sebanyak pasal yui..hehe

Cik Nur™ said...

alololo..comei sinchan.. :)

bulat sehari 5 kali dia mkn..huhuh

azizah :) said...

ekk bila masa pulak ada soal jawab ni..adehh terlepas..hee maaf yui!

Sutera Syifa said...

terjawab segala persoalan..ingatkan sinchan kartun kat tv tu..rupanya kucing yui..hehe

Siti(zoey) said...

rajin jwb hihi...

fatin hazirah said...

wahhh . fatin minat business jugak !

ieda immi said...

ok ... ;)

Deq's Qienz said...

segmen ka yui??

Nory Zoulkefle said...

sudi tak kalau akak dtg meminang shinchan utk laura..? hehehe?

Shida Radzuan said...

tekun yui mnjawab hehee :D

MaYa MustWany said...

thanks yui.hope berjaya k .mas n kawan2 doa kan..amin :)