tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, June 07, 2013

Tips sebelum ke Bandung, Indonesia [harus ambil tahu]

Pertama sekali, aku harap tips yang aku bagi ini dapat membantu bagi yang akan melancong terutamanya ke Bandung, Indonesia. Tak dapat bantu banyak, bantu sikit pun dah memadai.


Jom tengok apa yang patut dilakukan sebelum bercuti.


1) Sila google dan survey maklumat yang diperlukan. Kebanyakan blogger pasti akan update percutian mereka untuk dikongsi bersama termasuk aku. Aku banyak sangat google pengalaman orang lain ketika berada di sana.

2) Booking awal tiket penerbangan terutama ketika waktu promosi. Memang berbaloi! Kalau yang berkemampuan, dan dan tu beli pun no hal.

3) Hanya perlu bawa barangan wajib sahaja seperti telekung, sehelai tshirt, sehelai seluar & kasut selipar atau bertutup. Beg bagasi bawa yang besar, pergi ringan tapi balik pasti penuh. Silap-silap tambah beli bagasi dan isi penuh lagi macam aku.

4) Disarankan pakai selipar sahaja terutama ketika shopping di Pasar Baru. Tak payahlah nak cantik sangat dengan heel bagai buat lenguh kaki je nanti. Elok boleh pusing lama, nanti 30 minit dah malas pusing!

5) Digalakkan bawa beg belakang ( yang macam budak sekolah pakai itu ). Serious sangat berguna sebab bila beli barang, boleh terus sumbat. Takde penat jari jemari ini.

6) Sebelum pergi, lebih baik anda aktifkan pengeluaran antarabangsa. Aku buat untuk CIMB dan Maybank. Just guna mesin atm untuk aktifkan. In case tak cukup tunai, boleh terus cucuk dan keluarlah duit juta-juta. Kih kih.

7) Untuk booking hotel dan perkhidmatan supir, cari dan survey dan bandingkan harga. Berpatutan atau tidak.

8) Pastikan bagasi anda bertanda. Aku akan letak tag dan riben merah. Biar mata jelas nampak.

9) Bawa ubat basic seperti minyak cap kapak, panadol dan ubat sakit perut.

10) Bawa international plug. Lain negara lain jenis plugnya.

11) Tukaran mata wang. Pandai-pandai korang survey money changer mana yang tawar harga terbaik. Time aku pergi 1 juta = RM 316 kalau tak salah. Tukar duit kecil untuk rupiah sebab ada yang tak bagi balance nanti.

12) Simpan keratan yang akan diberikan dalam flight semasa penerbangan ke Bandung. Keratan akan dikutip semula bila nak balik Malaysia.

13) Dah sampai, belilah simkad Simpati. Jimat harga untuk mesej dan telefon. Nanti aku bagitahu cara jimatnya macam mana sebab ada kod yang diguna. Jangan beli di airport sebab mahal! Beli kat kedai biasa okay.

14) Asingkan duit tax Rp 75,000 untuk setiap seorang. Kanak-kanak aku tak pasti kena atau tak tapi untuk dewasa WAJIB.

15) Boleh juga sediakan duit kertas RM 1 sebagai ole-ole dari Malaysia. Bawa gula-gula pun okay sebab kawan aku buat macam itu tapi aku bawa not RM 1 lebih kurang RM 20. Diaorang sangat gembira bila dapat tau.

16) Sediakan list kecil untuk nilai tukaran. Senang bagi yang payah benar nak convert dalam rupiah, dalam Malaysia. Buat jadual kecil saiz poket. If nak, boleh bagitahu dan aku akan emelkan. Tolong emel terus daku fashanusha@gmail.com.


Antara blog yang boleh dijadikan sumber rujukan anda :

1) Admya  { banyak info mengenai hotel }
2) Nadia 
3) Hanna Si Merah Jambu 
4) Dunia Cik Anita 


Aku rasa ini dulu. If ada penambahan, aku akan update okay. Yang penting korang harus rajin study tempat orang macam mana dan peel orang. Selamat bercuti kepada yang bakal bercuti pertama kali mahupun berulang kali.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

31 dak comei sayang YUI:

Umie Nadhirah said...

cap kapak tu penting hahahaha!

are_lin@yu said...

tq yui..byk mmbantu ni..blh jd panduan nti.hehe

Masni Syafie said...

thanks...good info =)

Tie HT said...

alhamdulillah yui, rajin berkongsi tips, bukan senang nak karang entry detail macam ni :)

Yana Yassin said...

Bab RM1 tue macam xyah kot sebab diorang bukan minta kat kita jer, tapi di semua pelancong. Sebab bila diorang dapat duit Malaysia, tuko ke Rupiah memang banyak lah dapat. Silap2 sehari berpuluh dah diorang dapat. So memang supir dah pesan xyah bagi. Pengalaman YY lah.

No name said...

eh, duit seringgit tue 1st btime dengar. huhu

Unknown said...

mg tip ini membantu sesiapa yg nak terbang ke bandung...

Nory Zoulkefle said...

Thank Yui...
Tips menarik ni...
baru teringat adapter international tk beli lg...huhuh

Cik Anita said...

hehe. Bagus~ menambah info yang ada! Ada plak eh letak Nita atas tu. Terharu i.. Rasanya macam x lengkap je tu.

=)

miss yatie said...

InsyaAllah....bilalah akk boleh sampai ke sana

Salina Mat Isa said...

bile yui pegi ni..best nya..mmg teringin nk pegi..klu la ada rezeki boleh rujuk.kat sini..tips berguna ni..klu boleh yui detailkan lg ye..hehe..

Miss N™ said...

bagus tips2 ni...
mmg akan berguna pada mereka yg nak pergi melancongkan.. :)

adyna AB said...

Bila la nk merasa kesana ;) tips yg bagus

kurus said...

TQ dik ..
akak x tahulah nak atau tidak ke bandung , suami x nak dah gi sbb dah pernah ke jakarta .. hurmmmm
kena gi ngan kawan2 lah pulak nanti

Unknown said...

tips yg menarik yui... bagus sape2 yg nak pergi tu..

Jahirah said...

berguna tips ni...akak xde rezeki lg nk ke bandung...blh jadi panduan kalau pg...

ayut said...

berderet ha list nak kena bt sebelum bercuti....mmg kena prepare habis gaya yer...

Unknown said...

TERIMA KASIH YUI..SEMUA TIPS TU AMAT BERGUNA..KALAU KAK BUI KE BANDUNG NNT,KAK BUI CARI BALIK TIPS2 NI DI BLOG YUI..^_^

nadia farahida said...

patuttt la trafik dari nuffnang ada datang dari blog yuiiii T_____T
terharuuuu. thank you sooo much dear. sama2 kita share tips ye. :)

Anonymous said...

tertarik sungguh rm1 tapi disana bagaikan rm20..

Unknown said...

ok nnti kalo deqla nak ke sana, deqla follow tips ni ye.. hihi..

Shida Radzuan said...

kakak shida pernah pergi sana..tp entri yui boleh bt rujukan nnt kan tq yui :)

Perempuan Kecewa said...

salam, boleh emelkan saya jadual tukaran wang tu.

ke nurillyani@gmail.com

tq.. =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Done emel dear =)

Unknown said...

Salam sejahtera untuk anda semua

Mine Home Hotel Cihampelas

Cheap, Clean, Comfortable & Safe
Enjoy the ambience of the hotel at home

PRICE STARTING From Rp. 250.000 -300.000 / Night

LOCATION:
-5 minutes from the Cihampelas (center Ciwalk & jeans)
-15 minutes on the way home Setiabudhi Rumah mode factory outlets.
-15 minutes from the dago Factory outlet
-20 minutes from Pasar baru trade cebtre
-20 minutes from Airport Hussen bandung
-20 minutes from Train station bandung

facilities:
-Ac
-Free Hot spot / wi fi
-Cable-Tv
-Breakfast
-Hot & cold water
-Free parking

address: Jalan. Bapa Husen Dalam No.10 Cihampelas - Bandung
Phone : +622 203 9130
Mobile : +6281322511883
Email :hotelminehome@yahoo.com
Facebook : Mine Home Hotel

Anonymous said...

Sy nk list tukaran wang tu coz thun dpn bln feb sy akn pegi bandung

Nisa Greennnpanda said...

wah...sronoknye yui dpt gi bandung... ^_^

Unknown said...

Salam yui..boleh x tolong email kn list kecil untuk nilai tukaran 2??ni email saya,aida87_shariff@yahoo.com...secepar mungkin ye,sebab saya nak bertolak dalam masa terdekat ni..

Unknown said...

Salam yui..boleh x tolong email kan list tukaran nilai?ni email saya,aida87_shariff@yahoo.com...kalau blh scepat mgkin sbb saya nk bertolak dalam masa terdekat ni..

Anonymous said...

salam, boleh emelkan saya jadual tukaran wang tu. 
sy plan nk pergi bulan depan. tq ye yui..
email sy: sofiaazma@gmail.com

Bella Idura said...

Saya pun nak tau. Jemput dtg blog saya. Ada GA yang senang sangt nak menang.